IIUM Repository

Haji Abdul Rahman Limbong: rekod kolonial dan epilog perjuangan watan

Aziz, Hamdan and Zakariya, Hafiz and Abdullah, Zulkifli (2025) Haji Abdul Rahman Limbong: rekod kolonial dan epilog perjuangan watan. Penerbit UMT, Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia. ISBN 978-629-7625-85-0

[img]
Preview
PDF (Book) - Published Version
Download (3MB) | Preview

Abstract

Buku ini membawa pembaca kepada dua perspektif perjuangan Haji Abdul Rahman Limbong iaitu dari perspektif watan dan juga perspektif Barat. Jika dilihat dari perspektif watan, Haji Abdul Rahman ialah seorang pejuang Melayu tulen yang berjuang untuk mengembalikan hak dan kedudukan bangsa peribumi khususnya orang Melayu daripada penjarahan ekonomi dan sosial pihak kolonial British. Sebaliknya berdasarkan perspektif British, Haji Abdul Rahman ialah seorang fanatik, pemberontak, pengganas, anti-establishment, penentang, pengkhianat, penderhaka dan pengacau yang berstatus persona non grata. Untuk lebih jelas, buku ini juga mengetengahkan inti sari peristiwa berdasarkan sebuah rekod British (C.O. 717/61/2) yang memuatkan laporan penuh berkaitan peristiwa kebangkitan anti-British sehingga kemuncak perjuangan iaitu peristiwa tembakan di Padang Kachong, Kuala Telemong. Peristiwa yang berlaku pada tahun 1928 merupakan pengakhiran kepada perjuangan Haji Abdul Rahman di bumi kelahirannya sendiri kerana tidak lama selepas peristiwa tersebut, beliau telah dibuang negeri ke Makkah dan meninggal dunia kira-kira setahun selepas itu. Buku ini perlu diketengahkan sebagai tatapan umum memandangkan peristiwa masa lalu wajar dijadikan pedoman untuk generasi kini.

Item Type: Book
Additional Information: 1984/125295
Uncontrolled Keywords: Malaysian history, anti-colonial movement
Subjects: D History General and Old World
D History General and Old World > DS Asia
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of History & Civilization
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences
Depositing User: Dr. Hafiz Zakariya
Date Deposited: 15 Dec 2025 14:40
Last Modified: 15 Dec 2025 14:52
Queue Number: 2025-12-Q599
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/125295

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year