Mohd Sanadi, Aida Hayati and Ahmad Safian, Nursafira and Hadi, Faiz (2025) Kritik politik dalam puisi Ayman al-Atoom: analisis penentangan Palestin terhadap Zionis dan penguasa Arab. In: SEMINAR ANTARABANGSA ISLAM DAN SAINS 2025, Fakulti Syariah dan Undang-Undang.
|
PDF
- Supplemental Material
Download (699kB) | Preview |
|
|
PDF
- Presentation
Download (1MB) | Preview |
|
|
PDF
- Published Version
Download (2MB) | Preview |
|
|
PDF
- Supplemental Material
Download (1MB) | Preview |
Abstract
Puisi Arab kontemporari bukan sahaja berperanan sebagai medium seni, tetapi juga sebagai alat kritik politik yang berpengaruh dan menjadi medium yang kuat dalam menyuarakan penentangan, membangkitkan kesedaran, dan menggerakkan solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin yang sedang ditindas. Kajian ini menganalisis karya puisi Ayman al-Atoom, seorang penyair Jordan yang terkenal dengan keberanian menyampaikan kritikan terhadap penjajahan Zionis serta penguasa Arab yang berkompromi dengan musuh. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kritik politik dalam puisi al-Atoom, menganalisis penggunaan unsur hijaa’ (sindiran dan ejekan) serta metafora sebagai strategi retorik, dan menilai peranan puisi dalam membina solidariti terhadap perjuangan Palestin dan pembebasan al-Quds. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menganalisis puisi-puisi terpilih Ayman al-Atoom yang sarat dengan unsur kritik politik, khususnya yang berfokus pada isu penentangan terhadap penjajahan Zionis dan kecaman terhadap penguasa Arab yang berkompromi dengan musuh. Analisis ini bertujuan mengenal pasti tema, simbol, dan strategi bahasa yang digunakan penyair bagi menyampaikan mesej penentangan dan membina kesedaran kolektif terhadap perjuangan Palestin serta pembebasan al-Quds. Hasil analisis menunjukkan bahawa al-Atoom bukan sahaja mengecam kezaliman Zionis, tetapi turut menyorot pengkhianatan politik dalaman yang melemahkan perjuangan Palestin. Kajian ini menegaskan bahawa puisi berpotensi menjadi senjata perjuangan yang efektif dalam mengangkat suara rakyat, membangkitkan kesedaran, dan merekod sejarah penentangan terhadap penjajahan.
| Item Type: | Proceeding Paper (Invited Papers) |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Kritik politik, Ayman al-Atoom, sastera penentangan, zionis, Palestin |
| Subjects: | P Language and Literature > PJ Semitic > PJ6001 Arabic > PJ7501 Arabic literature P Language and Literature > PJ Semitic > PJ6001 Arabic > PJ7501 Arabic literature > PJ7695.8 Individual authors or works |
| Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Arabic Language and Literature |
| Depositing User: | DR. NURSAFIRA AHMAD SAFIAN |
| Date Deposited: | 22 Dec 2025 11:54 |
| Last Modified: | 22 Dec 2025 11:54 |
| Queue Number: | 2025-12-Q762 |
| URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/125216 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

Download Statistics
Download Statistics