Nopiah, Julaina and Anis Shafierah, Mohmad Adli (2025) Semiotik Watak Dalam Filem “Imaginur”. JURNAL LINGUISTIK, 29 (2). pp. 67-84. ISSN ISSN 1823-9242
|
PDF
Download (995kB) |
Abstract
Semiotik boleh ditafsirkan sebagai satu bidang yang memberikan makna kepada simbol atau lambang. Penerapan simbol dan lambang dalam karya seni seperti dalam industri perfileman akan memberikan makna kepada plot idea dan hubungan kepada aspek watak dan perwatakan dalam filem. Semiotik pada dasarnya berkait rapat dengan tafsiran makna yang mempunyai penanda dan petanda. Hal ini selari dengan pilihan pengkaji yang memilih filem “Imaginur” (2023) arahan Nik Amir Mustapha sebagai bahan kajian dengan menggunakan teori semiotik yang dipelopori oleh Roland Barthes (1964). Teori ini telah dikembangkan lagi oleh beliau yang mengkhususkan denotasi dan konotasi sebagai aspek pencarian makna. Denotasi merupakan perkara yang zahir dan boleh dilihat seperti visual ataupun imej manakala konotasi adalah idea berkaitan dengan makna visual ataupun imej tersebut. Objektif kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti nilai semiotik watak dalam filem “Imaginur” dan menganalisis nilai semiotik watak dalam filem “Imaginur”. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif deskriptif dan melibatkan analisis teks visual dengan menonton adegan dalam filem “Imaginur” bagi memperolehi data. Hasil daripada kajian ini dapat disimpulkan bahawa semiotik watak dalam filem “Imaginur” memperkuatkan lagi naratif penceritaan filem untuk terus hidup. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa watak dalam filem “Imaginur” ini masing-masing mempunyai unsur semiotik watak yang terdiri daripada denotasi dan konotasi. Implikasi daripada kajian ini juga termasuklah dapat mengembangkan lagi pengaplikasian teori semiotik dalam wacana bidang komunikasi visual disamping membuka ruang kepada industri perfileman untuk bersikap lebih kreatif dan berstrategi dalam memnggunakan simbol dan lambang untuk menggambarkan makna tersirat dalam sesebuah filem.
| Item Type: | Article (Journal) |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Semiotik, Denotasi, Konotasi, Filem dan Watak |
| Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics |
| Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages |
| Depositing User: | Dr Julaina Nopiah |
| Date Deposited: | 03 Dec 2025 08:23 |
| Last Modified: | 03 Dec 2025 08:23 |
| Queue Number: | 2025-12-Q442 |
| URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/125043 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

Download Statistics
Download Statistics