IIUM Repository

Etiket bahasa dalam prakata: analisis permulaan wacana antara penulis dan pembaca

Mashudi, Rohaidah and Rahmat, Hawa and E. Syafril, Elsa Putri and Idrus, Azean Idruwani (2025) Etiket bahasa dalam prakata: analisis permulaan wacana antara penulis dan pembaca. Asian Journal of Research in Education and Social Sciences, 7 (7). pp. 40-53. E-ISSN 2682-8502

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (909kB) | Preview

Abstract

Prakata pada permulaan sesebuah buku menjadi penyampai kepada perkongsian maklumat untuk keseluruhan buku tertentu. Bahkan prakata menjadi penghubung kepada permulaan komunikasi penulis dengan pembaca. Kajian ini meneliti ungkapan yang memperlihatkan ciri-ciri etiket bahasa dalam prakata buku akademik dan membincangkan penggunaan etiket bahasa melalui ungkapan yang digunakan dalam prakata. Etiket bahasa merangkumi bentuk penghargaan, gaya penyampaian, dan tahap kesopanan yang digunakan penulis dalam menyampaikan maklumat kepada pembaca. Teks wacana prakata menjadi data utama dalam kajian ini, yang diambil dari tiga buah buku akademik iaitu Warkah Melayu Lama (Ab. Razak Ab. Karim, 2006), Tatabahasa Dewan (Nik Safiah Karim et al., 2008) dan Penelitian Bahasa dan Budaya Melayu: Teori dan Aplikasi (Zaitul Azma Zainon Hamzah et al., 2009). Teks ini dianalisis secara kualitatif deskriptif dengan menggunakan kaedah analisis wacana oleh Asmah Omar. Data untuk setiap buku akademik ini dianalisis dengan membuat tiga bahagian iaitu bahagian permulaan, bahagian pertengahan dan bahagian akhir prakata. Dapatan menunjukkan bahawa prakata dalam buku akademik menggunakan ungkapan yang bercirikan etiket bahasa dengan membawa maksud kesopanan. Penggunaan etiket bahasa ini secara tidak langsung adalah sebagai medium dalam membina hubungan emosi dan intelektual antara penulis dan pembaca

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: prakata, etiket bahasa, kesopanan, buku akademik
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: Dr. Azean Idruwani Idrus
Date Deposited: 10 Nov 2025 10:15
Last Modified: 10 Nov 2025 10:15
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/124253

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year