IIUM Repository

Usrah in action dan edupelancongan: memacu literasi murid luar bandar Pagoh

Nahar, Nora'Azian and Saad, Mazni and Mohd Aroff, Nurlailey (2025) Usrah in action dan edupelancongan: memacu literasi murid luar bandar Pagoh. Journal of Contemporary Tourism and Hospitality Research, 1 (1). pp. 74-93.

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (8MB) | Preview

Abstract

Program Usrah in Action yang digabungkan dengan konsep edupelancongan telah dilaksanakan bagi membantu meningkatkan tahap literasi murid luar bandar di Pagoh. Artikel ini membentangkan kajian yang dijalankan untuk menilai masalah literasi asas dalam kalangan murid sekolah rendah luar bandar dan keberkesanan program intervensi yang melibatkan pembelajaran berasaskan tempat serta sukarelawan berasaskan nilai Islam. Seramai 33 orang murid tahap 1 dan tahap 2 dari kelas pemulihan dipilih sebagai peserta kajian. Mereka telah melalui ujian pra bagi menentukan tahap literasi Bahasa Melayu, disusuli program edupelancongan berupa lawatan pembelajaran ke kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang melibatkan aktiviti bimbingan membaca oleh 33 orang mahasiswa daripada Jabatan Bahasa Melayu, Jabatan Bahasa Inggeris, Jabatan Bahasa Arab dan Jabatan Pelancongan. Ujian pasca dijalankan untuk menilai peningkatan literasi, di samping temu bual dengan guru, ibu bapa dan analisis dokumen untuk menilai impak program secara kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan tahap literasi Bahasa Melayu murid pemulihan telah meningkat sebanyak 63.7%, selepas program Usrah in Action dan edupelancongan berbanding hanya 9% dalam ujian pra. Perbincangan artikel menyoroti faktor kekangan literasi dalam kalangan komuniti luar bandar serta bagaimana pendekatan kolaboratif antara universiti dengan pihak sekolah melalui Usrah in Action dan edupelancongan dapat mengatasi jurang tersebut. Implikasinya, kerjasama strategik sedemikian berpotensi dijadikan model dalam usaha memperkasakan literasi golongan murid terpinggir

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Kata kunci: Edupelancongan; Literasi; Luar bandar; Program intervensi; Usrah in Action
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: Dr Nora'Azian Nahar
Date Deposited: 05 Nov 2025 17:16
Last Modified: 05 Nov 2025 17:16
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/124141

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year