IIUM Repository

Persepsi Pelancong Terhadap Kesalahan Papan Tanda di Muar, Johor

Tinggom, Adriana Santa and Nopiah, Julaina (2025) Persepsi Pelancong Terhadap Kesalahan Papan Tanda di Muar, Johor. Journal of Contemporary Tourism and Hospitality (JoCTH), 1 (1). pp. 133-152. E-ISSN eISSN : 3122-6744

[img]
Preview
PDF
Download (440kB) | Preview
[img]
Preview
PDF
Download (83kB) | Preview

Abstract

Muar, Johor dikenali sebagai Bandar Maharani dan merupakan salah satu destinasi pelancongan warisan yang unik di Malaysia. Bandar ini bukan sahaja menonjolkan deretan bangunan kolonial yang bersejarah malah terkenal dengan makanan tradisi dan warisan budaya yang unik. Suasana bandar yang bercirikan unsur moden dan klasik ini menjadikan Muar sebagai destinasi pilihan pelancong domestik dan antarabangsa. Namun, penggunaan papan tanda yang baik sering diabaikan. Walaupun perkara ini nampak kecil namun kalau tidak diberikan keutamaan, boleh menjadi salah satu sebab daya tarikan pelancong menjadi kurang. Oleh itu, kajian ini berfokus kepada dua objektif iaitu mengenal pasti kesalahan papan tanda di bandar Muar dari aspek linguistik dan juga menjalankan tinjauan terhadap persepsi pelancong luar Muar berhubung kesalahan papan tanda yang terdapat di Bandar Muar. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang melibatkan lima orang pelancong untuk ditemu bual manakala pengumpulan data seperti kesalahan bahasa pada papan tanda perniagaan dan iklan juga dilakukan. Hasil kajian ini mendapati terdapat empat jenis kesalahan dari aspek linguistik iaitu kesalahan ejaan, kesalahan penggunaan istilah, kesalahan morfologi dan frasa serta percampuran kod. Pelancong turut menyatakan bahawa kesalahan ini memberi kesan negatif terhadap kefahaman dan imej bandar.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Kesalahan Papan Tanda; Muar; Pelancong; Persepsi
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: Dr Julaina Nopiah
Date Deposited: 10 Dec 2025 12:38
Last Modified: 10 Dec 2025 12:38
Queue Number: 2025-12-Q749
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/124073

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year