IIUM Repository

Tahap kefahaman pelajar diploma Tahfiz al-Quran al-Qiraat ITQAS terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam berinteraksi dengan matan Hirz al-Amani

Mohd Nawi, Mohd Ikram and A. Adi, Muhammad Fairuz and Mohamad, Mohamad Redha and Ahmad Lutfi, Mujahid (2025) Tahap kefahaman pelajar diploma Tahfiz al-Quran al-Qiraat ITQAS terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam berinteraksi dengan matan Hirz al-Amani. Jurnal Qiraat, 8 (1). pp. 19-29. E-ISSN 2636-9591

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (5MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kefahaman pelajar terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam berinteraksi dengan matan Hirz al-Amani atau lebih dikenali dengan nama matan al-Syatibiyyah. Metodologi kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan pengumpulan data melalui soal selidik. Kajian ini telah dijalankan di Institut Tahfiz al-Quran Sabah atau lebih dikenali sebagai ITQAS yang mana institut ini merupakan salah satu institut di bawah cawangan Darul Quran (DQ). Responden kajian ini adalah pelajar tahun akhir yang mengikuti pengajian Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qira’at ITQAS. Kajian ini juga menggunakan instrumen soal selidik yang diedarkan kepada pelajar untuk mendapatkan data-data kajian. Data-data kajian dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) untuk mendapatkan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Secara keseluruhan, hasil analisis kajian menunjukkan penilaian tahap kefahaman dalam berinteraksi dengan matan Hirz al-Amani berada pada tahap sederhana tinggi, manakala penilaian kefahaman pelajar terhadap pendekatan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap sederhana tinggi. Analisis penilaian sikap dan reaksi pelajar terhadap pembelajaran ilmu qirā’āt juga berada pada tahap sederhana tinggi. Dapatan analisis kajian ini berguna dalam usaha mengukuhkan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran pengajian qirā’āt serta meningkatkan kemahiran pelajar-pelajar pengajian qirā’āt

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: al-Syatibiyyah, Hirz al-Amani, qirā’āt, ITQAS
Subjects: BPL Islamic education
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD)
Depositing User: Mr Mujahid Bin Ahmad Lutfi
Date Deposited: 30 Oct 2025 10:00
Last Modified: 30 Oct 2025 10:00
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/123948

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year