IIUM Repository

Analisis kecenderungan penggunaan percampuran kod bahasa Inggeris dalam video masakan di Tiktok

Nopiah, Julaina and Abd. Razak, Nur Athirah (2025) Analisis kecenderungan penggunaan percampuran kod bahasa Inggeris dalam video masakan di Tiktok. LSP International Journal, 12 (1). pp. 71-90. E-ISSN 2601-002X

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (4MB) | Preview

Abstract

Percampuran kod sudah tidak asing lagi dalam setiap pertuturan majoriti masyarakat di Malaysia. Lazimnya, terdapat dua campuran bahasa yang sinonim digunakan iaitu, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Fenomena ini semakin menjadi-jadi dan telah menjadi kebiasaan bagi segelintir masyarakat khususnya menerusi penggunaan media sosial di Tiktok. Tiktok merupakan sebuah platform yang menyajikan kandungan video berdurasi pendek yang lebih separuh penggunanya terdiri daripada golongan muda. Generasi muda beranggapan bahawa penggunaan percampuran kod tersebut membuatkan gaya komunikasi mereka terlihat lebih moden. Percampuran kod secara berlebihan telah mengganggu gugat martabat bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda di negara ini. Penggunaan bahasa Barat seperti bahasa Inggeris ini dalam pertuturan lebih meluas diguna pakai dalam Tiktok. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti percampuran kod dalam video masakan di Tiktok. Oleh hal yang demikian, pengkaji menganalisis percampuran kod dalam video masakan Tiktok berdasarkan pendekatan K. Kanthimathi (2007). Kajian kualitatif ini dijalankan menggunakan kaedah pemerhatian video dan juga analisis kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa fenomena percampuran kod antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris banyak digunakan dalam video masakan di Tiktok. Kemudian, analisis berdasarkan pendekatan K.Kanthimathi (2007) menunjukkan penggunaan pelbagai bentuk percampuran kod dari segi fungsi sikap, fungsi ekspresi dan fungsi arahan

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Percampuran kod, komunikasi, Tiktok, pendekatan K. Kanthimathi
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: Dr Julaina Nopiah
Date Deposited: 27 Oct 2025 17:13
Last Modified: 27 Oct 2025 17:13
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/123888

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year