IIUM Repository

Pengukuhan pengaksesan kewangan perusahaan mikro melalui kerangka pendanaan awam Islamik: satu kajian kes di negeri Terengganu = Strengthening financial access for micro-enterprises through an Islamic crowdfunding framework: a case study in Terengganu

Mohd Thas Thaker, Mohamed Asmy (2025) Pengukuhan pengaksesan kewangan perusahaan mikro melalui kerangka pendanaan awam Islamik: satu kajian kes di negeri Terengganu = Strengthening financial access for micro-enterprises through an Islamic crowdfunding framework: a case study in Terengganu. Journal of Fatwa Management and Research, 30 (3). pp. 143-171. ISSN 2232-1047 E-ISSN 0127-8886

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (773kB) | Request a copy

Abstract

Perusahaan mikro memainkan peranan penting sebagai tunjang pertumbuhan ekonomi di negeri Terengganu. Walaupun peranan perusahaan mikro adalah signifikan dalam menjana pertumbuhan ekonomi yang positif, kajian empirikal di Terengganu menunjukkan bahawa sektor ini menghadapi cabaran dalam mengakses sumber kewangan luaran bagi kelangsungan operasi mereka. Sehubungan itu, wujud keperluan untuk mekanisme pembiayaan alternatif yang lebih inovatif bagi meningkatkan akses perusahaan mikro terhadap sumber kewangan luaran. Oleh itu, kajian ini mengenalpasti cabarancabaran kewangan luaran oleh perusahaan mikro, mencadangkan penggunaan pendanaan awam Islamik sebagai sumber kewangan yang lestari dan menilai tahap kesediaan perusahaan mikro terhadap model yang dicadangkan . Dapatan kajian mendapati bahawa perusahaan mikro menghadapi pelbagai cabaran kewangan termasuklah kadar faedah yang tinggi, keperluan dokumentasi yang ketat, syarat kolateral yang ketat, jumlah pembiayaan yang tidak mencukupi, tempoh pinjaman yang panjang, serta sifat perniagaan itu sendiri. Tambahan juga, dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan yang positif dalam kalangan perusahaan mikro, dengan kecenderungan yang lebih tinggi terhadap pendanaan awam Islamik berkonsepkan derma dan ganjaran. Selain itu, hasil kajian juga mendapati bahawa sekiranya pendanaan awam Islamik mampu merangsang aktiviti ekonomi setempat serta menyokong penyediaan modal perniagaan, ia akan memberi kesan yang signifikan terhadap tahap kesediaan perusahaan mikro untuk menggunakannya. Secara langsung, hasil kajian ini dapat membantu kerajaan negeri Terengganu dalam merangka strategi pembiayaan yang lebih lestari dan berdaya maju bagi menyokong perusahaan mikro dalam mendapatkan sumber kewangan luaran. Selain itu, kajian ini turut berpotensi menjadikan Terengganu sebagai negeri perintis dalam memperkasakan perusahaan mikro melalui pendekatan pendanaan awam Islamik.

Item Type: Article (Note)
Additional Information: As of 30/9/2025, the article not yet indexed in Scopus - LAH
Uncontrolled Keywords: Perusahaan mikro, sumber kewangan, pengaksesan kewangan, pendanaan awam Islamik, sumber kewangan alternatif
Subjects: BPH Islamic Economics
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Economics and Management Sciences
Kulliyyah of Economics and Management Sciences > Department of Economics
Depositing User: Dr Mohamed Asmy Bin Mohd Thas Thaker
Date Deposited: 30 Sep 2025 15:20
Last Modified: 30 Sep 2025 15:20
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/123467

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year