Mohamed, Juliana and Miskon, Mohd Fuad and Abd Rahman, Nur Hidayah and Mohd Zuhaidi, Nazatul Athirah and Mas Lanasrie, Mas Nurul Alia (2025) Laporan kajian persepsi komuniti terhadap pemuliharaan ekosistem marin Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Technical Report. Jabatan Perikanan Malaysia, Putrajaya, Malaysia.
![]() |
PDF (Technical Report)
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (34MB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai persepsi dan pandangan komuniti setempat terhadap pengurusan Taman Laut di Pulau Redang dan Pulau Perhentian, khususnya berkaitan dengan kepentingan pewartaan sebagai langkah pemuliharaan ekosistem marin. Selain itu, kajian ini turut meneliti kesan pembangunan dan pelancongan terhadap ekosistem serta tahap kesedaran dan sokongan masyarakat tempatan terhadap pemeliharaan kawasan ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan pengumpulan data primer melalui borang soal selidik. Instrumen kajian dibangunkan bagi memperoleh maklumat berkaitan persepsi komuniti tempatan terhadap pengurusan Taman Laut. Kaedah pensampelan rawak digunakan, melibatkan 610 responden yang terdiri daripada penduduk Pulau Redang (n=300) dan Pulau Perhentian (n=310). Hasil kajian menunjukkan bahawa Taman Laut memainkan peranan penting dalam pemuliharaan biodiversiti, perlindungan terumbu karang, dan peningkatan ekonomi tempatan melalui aktiviti pelancongan seperti snorkeling dan selaman skuba. Selain itu, pewartaan Taman Laut turut menyumbang kepada peningkatan kesedaran masyarakat terhadap pemeliharaan alam sekitar serta mewujudkan peluang pekerjaan dalam sektor pelancongan dan penyelidikan saintifik. Walau bagaimanapun, beberapa cabaran dan ancaman telah dikenalpasti, termasuk pencemaran, pemutihan karang, penangkapan ikan secara haram, pembangunan tidak terkawal, serta kesan negatif akibat peningkatan jumlah pelancong. Berdasarkan dapatan kajian, beberapa langkah penambahbaikan dicadangkan bagi memastikan kelestarian pengurusan Taman Laut. Antaranya termasuklah peningkatan penguatkuasaan undang-undang berkaitan pemuliharaan, pemerkasaan program pendidikan dan kesedaran alam sekitar, penambahbaikan infrastruktur pelancongan, serta kawalan terhadap impak aktiviti pelancongan. Keberkesanan pengurusan Taman Laut memerlukan kerjasama bersepadu antara pelbagai pihak berkepentingan, termasuk agensi kerajaan, organisasi bukan kerajaan (NGO), pengusaha pelancongan, serta komuniti setempat bagi memastikan kelangsungan pemuliharaan kawasan ini secara mampan. Secara keseluruhan, kajian ini menekankan kepentingan pemuliharaan ekosistem marin di Pulau Redang dan Pulau Perhentian melalui pengurusan Taman Laut yang lebih berkesan.
Item Type: | Monograph (Technical Report) |
---|---|
Additional Information: | 8391/123173 |
Uncontrolled Keywords: | Pulau Redang, Pulau Perhentian, kaji selidik, persepsi, komuniti |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences > GE196 Sustainable living H Social Sciences > H Social Sciences (General) Q Science > Q Science (General) |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Science Kulliyyah of Science > Department of Marine Science Kulliyyah of Science > Institute of Oceanography and Maritime Studies |
Depositing User: | Dr Juliana Mohamed |
Date Deposited: | 18 Sep 2025 09:50 |
Last Modified: | 18 Sep 2025 10:47 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/123173 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |