IIUM Repository

Penggunaan slanga dalam siaran langsung jual beli di Tiktok

Husain, Nor Alia Nadia and Nahar, Nora'Azian (2025) Penggunaan slanga dalam siaran langsung jual beli di Tiktok. IINTERNATIONAL YOUNG SCHOLARS JOURNAL OF LANGUAGES, 8 (1). pp. 1-11. E-ISSN 0128-2573

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (542kB) | Request a copy

Abstract

Penggunaan slanga oleh penjual untuk menarik perhatian pembeli sering menimbulkan kekeliruan, terutamanya dalam kalangan pembeli baharu atau mereka yang kurang terbiasa dengan istilah tersebut sehingga menyebabkan salah faham tentang produk dan mempengaruhi keputusan pembelian. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti ciri-ciri bahasa slanga yang digunakan oleh penjual bundle di TikTok dan menganalisis kesannya terhadap kefahaman pengguna. Penyelidik menggunakan kaedah triangulasi, iaitu pemerhatian, analisis kandungan, soal selidik dan temu bual untuk mendapatkan data primer. Hasil pemerhatian dan analisis kandungan terhadap 13 sesi siaran langsung mendapati bahawa slanga dapat dikategorikan kepada tiga ciri utama, iaitu perubahan makna asal, kosa kata pinjaman dan ciptaan baharu. Dapatan menunjukkan istilah seperti net, kautim dan joy buyer memudahkan komunikasi antara penjual dengan pembeli yang berpengalaman. Namun, istilah seperti skoda dan jackpot menimbulkan kekeliruan kerana mempunyai makna yang berbeza dalam kalangan pengguna dan bergantung pada latar belakang mereka. Berdasarkan Teori Akomodasi Komunikasi (1973), usaha penjual untuk menyesuaikan komunikasi dapat meningkatkan keterlibatan, tetapi keseimbangan diperlukan agar tidak mengasingkan pembeli baharu. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa panduan ringkas mengenai istilah slanga perlu diwujudkan untuk membantu pembeli memahami konteks komunikasi. Impaknya, kajian ini bukan sahaja mencerminkan evolusi bahasa digital dalam platform media sosial, tetapi juga membuka ruang untuk kajian lanjutan yang lebih mendalam tentang pengaruh bahasa slanga terhadap cara komunikasi dan transaksi dalam dunia digital.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Bahasa slanga, bundle, komunikasi, transaksi dalam talian, TikTok
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: Dr Nora'Azian Nahar
Date Deposited: 10 Sep 2025 12:33
Last Modified: 11 Sep 2025 12:29
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/123134

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year