IIUM Repository

Keracunan makanan: isu kesihatan awam dan amalan penyediaan makanan selamat

Hassan, Noor Artika (2025) Keracunan makanan: isu kesihatan awam dan amalan penyediaan makanan selamat. The Malaysian Medical Gazette.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Keracunan makanan kekal sebagai salah satu isu kesihatan awam yang signifikan di Malaysia dan di seluruh dunia. Ia bukan sahaja memberi kesan terhadap kesihatan individu, tetapi turut membebankan sistem kesihatan. Keracunan makanan berlaku apabila individu mengambil makanan atau minuman yang tercemar dengan agen patogenik seperti bakteria, virus, parasit, atau bahan kimia toksik. Melalui takrifan klinikal, keracunan makanan adalah permulaan akut muntah dan/atau cirit-birit dan/atau gejala akut lain yang berkaitan dengan pengambilan makanan dan minuman. Keracunan makanan juga boleh menunjukkan gejala neurologi seperti parestesia, lemah otot dan lumpuh. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan 600 juta kes keracunan makanan berlaku setiap tahun di seluruh dunia, dan 420,000 kematian dicatatkan akibat komplikasinya. Di Malaysia, Kementerian Kesihatan sering melaporkan kejadian keracunan makanan melibatkan premis makanan, institusi pendidikan, serta aktiviti kenduri dan katering. Semua kes keracunan makanan di Malaysia perlu dimaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat dalam tempoh 24 jam selepas diagnosis dibuat untuk tujuan notifikasi. Notifikasi adalah wajib di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Dalam satu wabak keracunan makanan, spesimen klinikal hendaklah diambil samada 10% daripada jumlah kes atau 10 kes, mengikut mana yang lebih kecil. Makanan yang disyaki hendaklah dihantar untuk analisis bagi mengesan patogen/toksin mikrobiologi atau bahaya lain. Jika agen bukan mikrobiologi disyaki, contohnya dalam kes keracunan bahan kimia, spesimen lavage gastrik, muntah, dan/atau darah dan/atau air kencing hendaklah dihantar untuk analisis.

Item Type: Article (Electronic Media)
Subjects: R Medicine > R Medicine (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Medicine > Department of Community Medicine (Effective: 1st January 2011)
Kulliyyah of Medicine
Depositing User: Dr Noor Artika Hassan
Date Deposited: 18 Aug 2025 15:03
Last Modified: 18 Aug 2025 15:03
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/122667

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year