IIUM Repository

Pemulihan murid sekolah rendah dalam celik al-Qur’an dengan menggunakan kaedah IFTaR

Hashim, Rosnani and Abd Karim, Aishah Hanim and Ngah, Mohammad Khidir (2025) Pemulihan murid sekolah rendah dalam celik al-Qur’an dengan menggunakan kaedah IFTaR. Jurnal Pendidikan Malaysia, 50 (1). pp. 45-58. ISSN 2180-0782 E-ISSN 2600-8823

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (676kB) | Request a copy

Abstract

Al-Qur’an mengandungi petunjuk bagi kehidupan Muslim maka oleh itu celik al-Qur’an adalah wajib bagi mereka. Dalam kontek Malaysia, terdapat tiga kaedah utama yang digunakan untuk mempelajari membaca al-Qur’an iaitu kaedah Muqaddam, kaedah Qiraati, dan kaedah Iqra’ (KPM). Kajian kepustakaan daripada perspektif guru Pendidikan Islam, mendapati ramai murid sekolah rendah dan menengah masih belum menguasai bacaan al-Qur’an. Murid menghadapi masalah di peringkat asas sebelum tajwid. Kajian tentang bacaan al-Qur’an yang dilakukan jarang meneliti punca masalah, terutama dari sudut teori pembelajaran dan ilmu pedagogi. Kajian kepustakaan menunjukkan bahawa tiga kaedah utama sedia ada mempunyai masalah dari segi organisasi pelajaran dan pedagogi. Kajian ini meneroka kemajuan 12 orang murid kelas pemulihan Tahun Enam dengan menggunakan kaedah baharu, Iqra’ Fast Track (IFTaR) yang dicipta berlandaskan teori pembelajaran dan prinsip pedagogi. Metodologi kualitatif kajian kes menggunakan pemerhatian peserta dan temubual yang terperinci telah digunakan. Murid telah diajar semasa pasca UPSR secara intensif selama 2.5 jam sehari selama 8 hari. Dapatan kajian menunjukkan murid boleh membaca Bahasa Arab dan al-Qur’an, dan mendapati mereka mendapati kaedah IFTaR lebih mudah bagi pengenalan huruf dan perubahan bentuknya, mengeja dan membaca dan menyeronokkan. Kejayaan ini adalah buah daripada dua unsur penting, iaitu buku teks berdasarkan teori dan organisasi kurikulum dan pedagogi guru yang kreatif dengan melibatkan empat kemahiran bahasa melalui aktiviti imlak dan sebagainya. Kajian ini juga membincangkan batasan penyelidikan dan kepentingan dapatannya. Penyelidik menyarankan kajian kuantitatif berbentuk eksperimen dilaksanakan untuk pembuktian yang lebih kukuh.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: IFTaR; Iqra’ Fast Track Rosnani; teori pembelajaran; pedagogi; Program Pemulihan Celik al-Qur’an
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1050.9 Educational psychology
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Education > Department of Educational Psychology & Counseling
Kulliyyah of Education
Depositing User: Dr Aishah Hanim Abd Karim
Date Deposited: 06 Aug 2025 09:00
Last Modified: 06 Aug 2025 09:00
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/122488

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year