IIUM Repository

Falsafah kepengarangan Hamka: tinjauan analitikal terhadap novel Tuan Direktur

Abul Hassan Ashari, Mohamad Zulfazdlee and Ahmad Safian, Nursafira (2025) Falsafah kepengarangan Hamka: tinjauan analitikal terhadap novel Tuan Direktur. In: Intelektualisme Islam Asia Barat dan Alam Melayu. Penerbit UTHM, Johor, Malaysia, pp. 43-69. ISBN 978-629-490-184-1

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (3MB) | Request a copy

Abstract

Hamka merupakan seorang tokoh ulama-sasterawan yang tidak asing lagi di Alam Melayu. Karya beliau, baik dalam bentuk ilmiah mahu pun karya sastera, sering kali menjadi bahan bacaan dan memberi kesan kepada khalayak pembaca. Dalam konteks karya sastera, antara novel yang dihasilkan oleh Hamka ialah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk, Merantau ke Deli, Di Bawah Lindungan Kaabah dan Tuan Direktur. Novel-novel yang dihasilkan ini bukan sahaja menonjolkan keupayaan Hamka dalam penulisan sastera malah turut mengandungi beberapa pemikiran dan falsafah Hamka, khususnya yang berkait dengan persekitaran sosial ketika era penghasilan novel berkenaan. Hal sedemikian secara tidak langsung telah membentuk kepengarangan Hamka dalam penulisan sastera. Justeru, artikel ini bertujuan untuk meneroka falsafah kepengarangan Hamka dengan tinjauan dilakukan terhadap novel Tuan Direktur. Reka bentuk kajian ini merupakan kajian intertekstual dan menggunakan pendekatan kualitatif dalam mengumpul serta menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan novel Tuan Direktur telah menyerlahkan kepengarangan Hamka sebagai sasterawan. Karya tersebut walaupun nipis tetapi sarat dengan falsafah Hamka tentang kemanusiaan. Persoalan hubungan sesama manusia, kemerdekaan dan hubb al-watan, dakwah dan pendidikan yang menjadi teras naratif Tuan Direktur didorong oleh karakteristik Hamka sebagai seorang ulama dan pejuang kemerdekaan di Indonesia. Malah, falsafah kepengarangan Hamka dalam novel tersebut masih lagi relevan dalam konteks hari ini memandangkan isu kemanusiaan merupakan isu yang luas dan infiniti tanpa mengenal batas masa, status dan wilayah. Abstract Hamka was a prominent cleric-literary figure in the Malay realm. His work, both scholarly and literary, often become reading material and has an impact on the readers. Among the novels published by Hamka are Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk, Merantau ke Deli, Di Bawah Lindungan Kaabah and Tuan Direktur. These novels not only highlight Hamka's ability in literary writing but also contain some of his thoughts and philosophies, especially those related to the social environment during the publication era of the novel. This has indirectly shaped Hamka's authorship in literary writing. Hence, this article aims to explore his authorship philosophy by analyzing and criticizing his novel, namely Tuan Direktur. The research design of this study is an intertextual study, which uses qualitative approach in collecting and analyzing data. The study shows that the novel Tuan Direktur exposed lucidly the authorship of Hamka as a literary writer. Even though the work is thin in terms of the size, it is loaded with Hamka's philosophy about humanity. The issue of human relations, independence and hubb al-watan, Islamic call or da’wah and education are the core issues of Tuan Direktur, driven by the characteristic of Hamka as an Islamic scholar and an independence fighter in Indonesia. In fact, the authorship philosophy of Hamka in the novel is still relevant in today's context, since the issue of humanity as a broad and infinity issue without boundaries of time, status and territory.

Item Type: Book Chapter
Uncontrolled Keywords: Kata kunci: Hamka; Kepengarangan; Novel; Tuan Direktur; Kesusasteraan Melayu-Islam Keywords: Hamka; Authorship; Novel; Tuan Direktur; Malay-Islamic Literature
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
P Language and Literature > PN Literature (General)
P Language and Literature > PN Literature (General) > PN0080 Criticism
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Arabic Language and Literature
Depositing User: DR. NURSAFIRA AHMAD SAFIAN
Date Deposited: 31 Jul 2025 11:25
Last Modified: 31 Jul 2025 11:25
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/122375

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year