IIUM Repository

Cuaca panas, nyamuk ganas: apa kaitan perubahan iklim global dengan denggi?

Hassan, Noor Artika and Sapuan, Isnizam (2025) Cuaca panas, nyamuk ganas: apa kaitan perubahan iklim global dengan denggi? Majalah Sains. E-ISSN 2682-8456

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (826kB) | Request a copy

Abstract

Demam denggi ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus denggi (DENV-1, DENV-2, DENV-3, atau DENV-4) yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes, terutamanya Aedes Aegypti. Antara simptom yang boleh dihadapi pesakit melibatkan beberapa fasa iaitu fasa demam, fasa kritikal dan fasa pemulihan. Semasa fasa demam, pesakit mengalami simptom seperti demam secara tiba-tiba, sakit kepala, pendarahan pada mulut dan hidung, sakit otot dan sendi, muntah-muntah, radang kulit, serta cirit-birit manakala semasa fasa kritikal pula lebih berbahaya kerana melibatkan komplikasi seperti tekanan darah rendah (hipotensi), lelehan pleural, kebocoran plasma yang menyebabkan kekurangan cecair dalam salur darah, dan pendarahan dalam usus. Seterusnya semasa dalam fasa pemulihan, keadaan pesakit mula bertambah baik dengan tahap kesedaran meningkat, tetapi masih berisiko mengalami sawan, gatal-gatal, serta kadar degupan jantung yang perlahan.

Item Type: Article (Magazine)
Uncontrolled Keywords: Denggi, perubahan iklim
Subjects: R Medicine > R Medicine (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Medicine > Department of Community Medicine (Effective: 1st January 2011)
Kulliyyah of Medicine
Depositing User: Dr Noor Artika Hassan
Date Deposited: 29 Jul 2025 09:32
Last Modified: 29 Jul 2025 09:32
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/122343

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year