Ahmad Safian, Nursafira (2025) Kebitaraan Muhammad Hassan Burayghish dalam dunia kesusasteraan Islam (The distinction of Muhammad Hassan Burayghish in the world of Islamic literature). In: Sumbangan sarjana pelopor dalam kemunculan sastera Islam moden di Timur Tengah. Penerbit USIM, Malaysia, pp. 95-116. ISBN 978-629-7748-62-7
![]() |
PDF
Restricted to Registered users only Download (14MB) | Request a copy |
Abstract
Muhammad Hasan Burayghish (akan ditulis sebagai Burayghish selepas ini) merupakan seorang penulis dan pengkritik sastera yang berasal dari Dimashq. Penulisan beliau lebih tertumpu kepada isu-isu yang berkaitan umat Islam. Beliau juga merupakan salah seorang pembina teori sastera Islam yang aktif menerbitkan ratusan penulisan serta karya dalam akhbar dan majalah tempatan, termasuk kritikan sastera, kajian biografi, pemikiran Islam, pendidikan wanita dan ummah. Selain itu, minat beliau dalam penulisan karya kreatif terserlah apabila beliau sempat menghasilkan sebuah antologi cerpen berjudul (al-Shaikh wa al-Za’im – Tuan Guru dan Pemimpin) sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Disebabkan sumbangan beliau yang amat besar dalam dunia kesusasteraan Islam, beliau telah dianggap sebagai salah seorang pelopor kepada sastera Islam. Beliau memainkan peranan yang amat penting dalam melontarkan idea dan pemikiran Islam terhadap kritikan puisi, cerpen dan sastera kanak-kanak. Walaupun demikian, hanya terdapat segelintir kajian yang menyentuh riwayat hidup beliau. Justeru, kajian ini berasa terpanggil untuk turut sama membincangkan latar belakang kehidupan, pendidikan, pengalaman bekerja, karier serta pemikiran beliau yang berteraskan Islam secara terperinci. Terdapat beberapa faktor yang mencorakkan sahsiah dan karakter Burayghish. Antaranya, galakan membaca berterusan daripada ayahanda beliau sendiri, sifat mahmudah yang disemat oleh bonda dan cara pengajaran guru yang kreatif yang membuatkan beliau sentiasa bersungguh untuk mencari ilmu. Adapun persekitaran mencabar dan orang yang berada di sekeliling beliau merupakan faktor sampingan yang memberikan impak secara tidak langsung terhadap personaliti beliau. Adalah suatu yang tidak dapat dinafikan apabila beliau telah memberikan sumbangan yang amat besar terhadap masyarakat Arab khususnya apabila meninggalkan ratusan penulisan dan karya yang bermutu, yang dilihat bermotifkan penyebaran dakwah Islamiah semata-mata.
Item Type: | Book Chapter |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Muhammad Hasan Burayghish, Sastera Arab, Sasterawan Syria, Sastera Islam |
Subjects: | P Language and Literature > PJ Semitic > PJ6001 Arabic > PJ7501 Arabic literature P Language and Literature > PJ Semitic > PJ6001 Arabic > PJ7501 Arabic literature > PJ7695.8 Individual authors or works P Language and Literature > PN Literature (General) > PN0080 Criticism |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Arabic Language and Literature |
Depositing User: | DR. NURSAFIRA AHMAD SAFIAN |
Date Deposited: | 02 Jul 2025 14:15 |
Last Modified: | 02 Jul 2025 14:15 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/121827 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |