IIUM Repository

SE.JA.JAR: satu inisiatif kelestarian di Bandar Universiti Pagoh, Muar = SE.JA.JAR: a sustainability initiative at the Bandar Universiti Pagoh, Muar

Suhaimi, Mohamad Suhaizi (2025) SE.JA.JAR: satu inisiatif kelestarian di Bandar Universiti Pagoh, Muar = SE.JA.JAR: a sustainability initiative at the Bandar Universiti Pagoh, Muar. Jurnal Personalia Pelajar, 28 (2). pp. 23-29. ISSN 0128-2735

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (575kB) | Request a copy

Abstract

SE.JA.JAR merupakan akronim bagi perkataan Semai, Jaga dan Jaringan yang mengetengahkan usaha komuniti warga Mahallah Zaid bin Harithah melestarikan alam di Bandar Universiti Pagoh, Muar, Johor. Komuniti dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu ‘Semai’ yang bertindak menanam sayur-sayuran untuk dijual, ‘Jaga’ pula mengutip sampah yang boleh dikitar semula di sekitar Bandar Universiti Pagoh dan yang terakhir iaitu ‘Jaringan’ yang bertindak menjalinkan hubungan kerjasama dengan persatuan atau pertubuhan sekitar Muar bagi merealisasikan projek SE.JA.JAR ini. Projek ini dijalankan berikutan terdapat isu pembuangan sampah yang sangat kritikal di sekitar kolej kediaman Bandar Universiti Pagoh dan ruang terbiar di Mahallah Zaid bin Harithah yang berpotensi untuk dibangunkan menjadi laman fertigasi sayur-sayuran. Hal tersebut sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan atau Sustainable Development Goal (SDGs) seperti SDG 3 iaitu Kesihatan Baik dan Kesejahteraan serta SDG 11 iaitu Bandar dan Masyarakat Mampan. Selain itu, program Usrah in Action yang diketengahkan oleh Sejahtera Centre for Sustainability and Humanity, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah menjadi platform bagi SE.JA.JAR untuk dibawa ke peringkat seterusnya. Justeru, projek SE.JA.JAR berpotensi besar untuk diteruskan lagi di lokasi yang lain bagi menjamin kelestarian setempat mahupun sejagat.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Kelestarian, Bandar Universiti Pagoh, Matlamat Pembangunan Mampan
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > HT51 Human settlements. Communities
S Agriculture > SB Plant culture
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: DR MOHAMAD SUHAIZI SUHAIMI
Date Deposited: 01 Jul 2025 16:43
Last Modified: 01 Jul 2025 16:43
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/121798

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year