Mohamad, Harmi Taazim and Rusly, Roslan (2025) Pempengaruh bukan sekadar popular tapi perlu bertanggungjawab. Utusan Malaysia. p. 15.
|
PDF
- Published Version
Download (407kB) | Preview |
Abstract
Ledakan teknologi maklumat telah mencetuskan transformasi dalam komunikasi sosial, terutama melalui kemunculan media baharu dan platform media sosial yang menghubungkan berjuta-juta pengguna secara serentak. Di tengah arus digital ini, wujud fenomena "pempengaruh media sosial" yang memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat dan membentuk pendapat awam. Namun, persoalan timbul sama ada pengaruh ini didorong oleh populariti semata-mata atau berasaskan kredibiliti yang tulen. Artikel ini membincangkan perbezaan antara populariti dan kredibiliti dalam konteks pempengaruh media sosial. Populariti sering diukur melalui jumlah pengikut dan interaksi di media sosial, manakala kredibiliti merangkumi kepercayaan, kepakaran dan daya tarikan personaliti. Hujah utama menekankan bahawa populariti tanpa asas kredibiliti boleh mengundang risiko penyebaran maklumat tidak sahih dan menjejaskan keharmonian masyarakat, terutamanya dalam konteks Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Data dari kajian Ipsos (2024) dan Influencer Intelligence (2020) menunjukkan tahap kepercayaan masyarakat terhadap pempengaruh masih rendah akibat kebimbangan terhadap ketulenan kandungan. Justeru, artikel ini menyeru agar pempengaruh media sosial memikul tanggungjawab etika (netika) dalam setiap perkongsian mereka dengan mengutamakan integriti dan impak sosial yang positif. Hanya dengan kredibiliti yang kukuh, pempengaruh mampu memberi pengaruh yang berpanjangan, membina dan bermanfaat kepada khalayak.
Item Type: | Article (Newspaper) |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H61.8 Communication of information |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences |
Depositing User: | Mr Roslan Rusly |
Date Deposited: | 26 Jun 2025 11:28 |
Last Modified: | 26 Jun 2025 11:28 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/121726 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |