IIUM Repository

Persamaan antara lelaki, wanita dan orang bukan Muslim sebagai hukum pelaksanaan qisas ”pembalasan”: satu kajian perbandingan

Husni, Ahmad Muhammad and Husni, Amin Muhammad (2025) Persamaan antara lelaki, wanita dan orang bukan Muslim sebagai hukum pelaksanaan qisas ”pembalasan”: satu kajian perbandingan. Journal of Education and Social Science, 31 (1). pp. 1-5. ISSN 2289-9855

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (298kB) | Request a copy

Abstract

Islam merupakan agama yang adil, yang meliputi segenap aspek kehidupan manusia serta turut menekankan kepentingan nilai nyawa dan keharmonian kehidupan manusia. Hal ini dapat dilihat melalui penetapan hukuman terhadap setiap kategori kesalahan atau jenayah yang dil-akukan manusia. Justeru itu, artikel ini ditulis bagi mengkaji, sama ada wujud atau tidak persa-maan diantara lelaki dan wanita serta muslim dan bukan muslim apabila mereka melakukan je-nayah yang mewajibkan hukuman qisas dan adakah persamaan tersebut telah memberikan hak kepada pemerintah untuk melaksanakan hukuman qisas terhadap mereka apabila disabitkan dengan jenayah qisas. Metodologi yang digunakan berbentuk kajian keperpustakaan melalui kaedah analisis dokumen seperti al-Quran, Sunnah dan buku-buku ilmiah. Artikel ini bertujuan menperjelaskan dan menambahkan pengetahuan mengenai hal atau isu-isu yang berkaitan dengan qisas. Hasil daripada penulisan ini, dapat dinyatakan bahawa wujudnya beberapa per-samaan diantara lelaki dan wanita serta muslim dan bukan muslim di dalam perlaksanaan qisas dan persamaan tersebut telah membolehkan pemerintah untuk melaksanakan qisas terhadap mereka apabila dibuktikan mereka bersalah. Selain itu, turut didapati bahawa tidak semua je-nayah pembunuhan di dalam Islam dihukum menggunakan qisas. Hal ini demikian kerana hukuman qisas dapat digugurkan apabila penjenayah menerima kemaafan dari pihak mangsa serta ianya dapat diganti menggunakan hukuman lain seperti pembayaran diat

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Persamaan, Qisas, Lelaki, Wanita, Non-Muslim & Pelagsanaan.
Subjects: BPK Islamic law. Shari'ah. Fiqh > BPK36 Islamic law (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Fiqh and Usul al-Fiqh
Depositing User: Dr Ahmad bin Muhammad Husni al-Jufri
Date Deposited: 24 Jun 2025 11:20
Last Modified: 24 Jun 2025 11:20
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/121529

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year