IIUM Repository

Isu sosial dalam novel Saq al-Bamboo (The Bamboo Stalk) karya Saud Al-Sanousi dan novel Interlok karya Abdullah Hussain: kajian perbandingan

Mohd Fauzi, Mirza Farzana and Ahmad Safian, Nursafira (2025) Isu sosial dalam novel Saq al-Bamboo (The Bamboo Stalk) karya Saud Al-Sanousi dan novel Interlok karya Abdullah Hussain: kajian perbandingan. In: Seminar Antarabangsa Kedah: Historiografi Nusantara (SAK 2025), 27 - 28 May 2025, Perpustakaan Digital Kedah.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (253MB) | Request a copy
[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (22MB) | Request a copy
[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (3MB) | Request a copy
[img] PDF
Restricted to Repository staff only

Download (271kB) | Request a copy
[img] PDF
Restricted to Repository staff only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertititik tolak tentang isu-isu sosial dan nilai artistik dalam novel Saud Al-Sanousi, Saq al-Bamboo (The Bamboo Stalk) dan Abdullah Hussain, Interlok. Tujuan kajian ini adalah untuk menyoroti pendekatan kreatif kedua-dua pengarang dalam penghasilan karya tersebut, sekaligus meneroka persamaan dan perbezaan dalam pengolahan tema sosial dan teknik naratif mereka. Kajian ini menggunakan kaedah analisis dan perbandingan berdasarkan teks dalam novel-novel terpilih. Kajian ini dimulakan dengan menggariskan isu-isu sosial utama dan elemen artistik dalam setiap novel, dengan memberi tumpuan kepada ciri-ciri ekspresi kreatif yang tersendiri. Seterusnya, kajian ini membandingkan kedua-dua karya bagi meneliti persamaan dan perbezaan antara tradisi sastera Arab dan Melayu. Selain itu, kajian ini turut merangkumi biografi ringkas para pengarang, analisis konteks keseluruhan novel, serta pemerincian terhadap isu-isu sosial dan ciri-ciri artistik dalam setiap novel. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kedua-dua novel mengangkat pelbagai isu sosial, termasuk kehidupan luar bandar, pencarian peluang pekerjaan, kepatuhan kepada agama, kesan penyalahgunaan dadah, keruntuhan institusi kekeluargaan, dan kepentingan memelihara nasab keturunan. Dari segi nilai estetika, kedua-dua karya berkongsi titik persamaan dalam penggunaan tajuk secara metafora, gaya penceritaan, struktur plot, penamaan bab, dan teknik imbas kembali. Namun, terdapat perbezaan ketara antara kedua-dua karya khususnya dalam pengendalian isu sosial tertentu seperti taraf hidup, kerjasama sosial, kepercayaan terhadap perkara tahyul, dan konsep perkahwinan. Dari sudut nilai artistik, Al-Sanousi dan Abdullah Hussain berbeza dalam penggunaan teknik naratif, pembangunan watak, serta penggambaran suasana dan latar masa. Melalui kajian perbandingan, dapat dilihat bagaimana kedua-dua novel berinteraksi dengan masyarakat sambil menonjolkan gaya kreatif yang unik sekaligus mencerminkan konteks budaya dan tradisi sastera masing-masing.

Item Type: Proceeding Paper (Plenary Papers)
Uncontrolled Keywords: Isu Sosial, Masalah Identiti, Perbezaan Budaya, Perbezaan Agama, Hak Asasi Manusia
Subjects: P Language and Literature > PJ Semitic > PJ6001 Arabic > PJ7501 Arabic literature
P Language and Literature > PJ Semitic > PJ6001 Arabic > PJ7501 Arabic literature > PJ7695.8 Individual authors or works
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
P Language and Literature > PN Literature (General)
P Language and Literature > PN Literature (General) > PN0080 Criticism
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Arabic Language and Literature
Depositing User: DR. NURSAFIRA AHMAD SAFIAN
Date Deposited: 10 Jun 2025 10:27
Last Modified: 10 Jun 2025 10:38
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/121387

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year