IIUM Repository

Leksikal harimau dalam peribahasa Melayu: analisis semantik inkuisitif

Mohamad Helni, Mohamad Afiq Hidayat and Rosly, Nurul Jamilah (2025) Leksikal harimau dalam peribahasa Melayu: analisis semantik inkuisitif. Jurnal Pengajian Melayu, 36 (1). pp. 85-99. ISSN 1823-7622 E-ISSN 2735-1904

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (396kB)

Abstract

Peribahasa berunsur harimau digunakan sebagai simbol untuk menggambarkan realiti kehidupan masyarakat Melayu dan mempunyai nilainya yang tersendiri untuk dijadikan panduan hidup. Cara hidup orang Melayu lama yang selalu meneliti unsur alam dan mengenali sifat binatang seperti harimau menyebabkan mereka menggunakan harimau sebagai simbol berkias dan memberikan teguran. Kajian ini menggunakan pendekatan Semantik Inkuisitif (SI) dan pendekatan Rangka Rujuk Silang (RRS) dalam menganalisis data. Sebanyak empat peribahasa diambil Kamus Peribahasa Melayu oleh Sapinah Haji Said (2013) untuk dianalisis. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti domain yang terdapat dalam peribahasa Melayu yang mempunyai leksikal harimau dan menganalisis makna peribahasa yang mempunyai leksikal harimau menggunakan pendekatan semantik inkuisitif dibantu dengan Rangka Rujuk Silang. Hasil kajian menunjukkan berdasarkan peribahasa berunsurkan harimau terdapat empat domain yang dikenal pasti, iaitu domain kepimpinan atau kekuasaan, kekeluargaan, sindiran atau ironi dan sia-sia. Hasil dapatan juga menunjukkan bahawa objek harimau ini menjadi perlambangan bagi tingkah laku seseorang manusia seperti garang, bengis dan berani. Walaupun begitu, masih lagi terdapat makna tersirat yang ingin disampaikan seperti pesanan untuk berbuat baik dengan masyarakat dan teguran kepada ndividu yang bersubahat dalam melakukan kejahatan. Perkara ini sekali gus mencerminkan keunikan dan akal budi Melayu dalam berkata-kata. Kajian ini dilihat dapat memberikan sumbangan dalam bidang pendidikan terutama dalam ilmu semantik yang memfokuskan kajian peribahasa. Oleh itu, kajian ini diharapkan dapat dikembangkan lagi dengan pendekatan Semantik Inkuisitif (SI) menggunakan unsur yang berbeza pada masa akan datang.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Semantik inkuisitif, pendekatan rangka rujuk silang, peribahasa, akal budi melayu, harimau
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: Dr Nurul Jamilah Rosly
Date Deposited: 06 Jun 2025 09:07
Last Modified: 06 Jun 2025 09:14
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/121365

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year