Husain, Nor Alia Nadia and Nahar, Nora'Azian (2025) Penggunaan slanga dalam urusan jual beli di TikTok = The use of slang in buying and selling transactions on TikTok. LSP International Journal, 12 (1). pp. 59-69. E-ISSN 2601–002X
![]() |
PDF
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (392kB) | Request a copy |
Abstract
Penggunaan slanga oleh penjual untuk menarik perhatian pembeli sering menimbulkan kekeliruan, terutamanya dalam kalangan pembeli baharu atau mereka yang kurang terbiasa dengan istilah tersebut sehingga menyebabkan salah faham tentang produk dan mempengaruhi keputusan pembelian. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti ciri-ciri slanga yang digunakan oleh penjual bundle di TikTok dan menganalisis kesannya terhadap keberkesanan transaksi. Penyelidik menggunakan kaedah triangulasi, iaitu pemerhatian, analisis kandungan, soal selidik dan temu bual untuk mendapatkan data primer. Hasil pemerhatian dan analisis kandungan terhadap 13 sesi siaran langsung mendapati bahawa slanga dapat dikategorikan kepada tiga ciri utama, iaitu perubahan makna asal, kosa kata pinjaman dan ciptaan baharu. Dapatan menunjukkan istilah seperti net, kautim dan joy buyer memudahkan komunikasi antara penjual dengan pembeli yang berpengalaman. Namun, istilah seperti skoda dan jackpot berpotensi menimbulkan kekeliruan kerana mempunyai makna yang berbeza dalam kalangan pengguna dan bergantung pada latar belakang mereka. Berdasarkan Teori Akomodasi Komunikasi (1973), usaha penjual untuk menyesuaikan komunikasi dapat meningkatkan keterlibatan, tetapi keseimbangan diperlukan agar tidak mengasingkan pembeli baharu. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa panduan atau glosari istilah slanga wajar dibangunkan sebagai rujukan, bukan sahaja untuk meningkatkan kefahaman pembeli tetapi juga untuk menyokong strategi komunikasi yang inklusif dan mesra pengguna dalam industri e-dagang. Impaknya, kajian ini turut mencerminkan evolusi bahasa digital dan membuka ruang kepada kajian lanjutan tentang pengaruh linguistik terhadap tingkah laku pengguna dan keberkesanan urus niaga dalam persekitaran digital yang kompetitif.
Item Type: | Article (Journal) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Kata Kunci: Slanga, Bundle, Komunikasi, Transaksi dalam Talian, TikTok |
Subjects: | P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages |
Depositing User: | Dr Nora'Azian Nahar |
Date Deposited: | 28 May 2025 15:44 |
Last Modified: | 28 May 2025 15:44 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/121238 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |