IIUM Repository

Reformasi bidangkuasa Mahkamah Syariah dalam pentadbiran harta pusaka berwasiat Islam di Malaysia

Halim, Akmal Hidayah and Mohd Salim, Wan Noraini (2020) Reformasi bidangkuasa Mahkamah Syariah dalam pentadbiran harta pusaka berwasiat Islam di Malaysia. Jurnal Hukum, 50 (2). pp. 1-16. ISSN 0823-092X1544

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (22MB) | Request a copy
Official URL: http://www.jksm.gov.my

Abstract

Undang-undang prosedur berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan harta pusaka berwasiat di Malaysia memperuntukkan bidangkuasa eksklusif kepada Mahkamah Tinggi Sivil tanpa mengambil kira sama ada si mati beragama Islam ataupun tidak. Oleh kerana undang-undang prosedur tidak melibatkan penentuan sesuatu Hukum Syarak, maka peruntukan sedemikian tidak dilihat sebagai satu pertindihan bidangkuasa antara Mahkamah Tinggi Sivil dan Mahkamah Syariah. Ini adalah kerana Mahkamah Syariah hanya berbidangkuasa dalam perkara yang melibatkan kedudukan wasiat orang Islam dari sudut substantif sahaja. Namun, ketiadaan peruntukan yang jelas berkenaan dengan pentadbiran harta pusaka berwasiat Islam di dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 menimbulkan konflik bidang kuasa di antara Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Syariah terutamanya apabila suatu permohonan untuk pemberian probet dibuat bagi suatu wasiat Islam disahkan di Mahkamah Tinggi tanpa merujuk kepada Mahkamah Syariah terlebih dahulu. Oleh itu, penulisan ini bertujuan untuk menganalisa bidang kuasa Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Syariah bagi mengkaji undang-undang dan prosedur yang berkaitan dengan pelaksanaan wasiat Islam di Malaysia. Penulisan ini menggunakan metod analisis data utama dan sekunder termasuklah peruntukan undang-undang dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, Akta Probet dan Pentadbiran 1959, Akta Wasiat 1959, Enakmen Wasiat Islam dan kes-kes yang telah diputuskan. Penulisan ini mendapati bahawa ketiadaan undang-undang yang mensyaratkan bahawa sesuatu wasiat Islam perlu dirujuk kepada Mahkamah Syariah sebelum probet boleh diberikan kepada wasi boleh menjurus kepada amalan pelaksanaan wasiat yang tidak selari dengan Hukum Syarak. Sehubungan dengan itu, adalah dicadangkan supaya reformasi bidangkuasa Mahkamah Syariah dalam pentadbiran harta pusaka berwasiat Islam dibuat bagi mengelak pelaksanaan wasiat yang tidak patuh shari’ah.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Harta pusaka berwasiat Islam, bidangkuasa, Mahkamah Tinggi Sivil, Mahkamah Syariah, Pentadbiran dan pengurusan pusaka, probet
Subjects: K Law > K720 Property Law
K Law > KPG Malaysia
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws > Department of Legal Practice
Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws
Depositing User: Assoc Prof Akmal Hidayah Halim
Date Deposited: 15 May 2025 16:06
Last Modified: 15 May 2025 16:06
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/120967

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year