Noordin, Mohamad Fauzan and Sa-Idul Haj, Shahrizad (2025) Celik teknologi jangan buta etika. Utusan Malaysia, Rencana (UIAM Berhujah) (14hb April 2025). p. 15. ISSN 2716-6694
|
PDF
- Published Version
Download (1MB) | Preview |
Abstract
DALAM dunia didorong teknologi kecerdasan buatan (AI), institusi pendidikan tinggi berdepan cabaran yang luar biasa dalam membentuk generasi pelajar yang bukan sahaja cemerlang secara intelektual, malah utuh dari segi akhlak, spiritual dan tanggungjawab sosial. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), sebagai institusi berteraskan integrasi ilmu wahyu dan insaniyah, berada di barisan hadapan dalam mengemudi pembangunan pelajar dengan berpandukan pendekatan Tauhidik serta prinsip Malaysia Madani. Pendekatan ini melihat ilmu sebagai amanah menjadi asas kepada usaha UIAM dalam menangani cabaran pembangunan pelajar, khususnya dalam mengekalkan keseimbangan antara pencapaian intelek dengan pembinaan sahsiah. Dalam era AI, maklumat berada di hujung jari dan proses pembelajaran menjadi lebih pantas. Namun, dalam keselesaan itu tersembunyi cabaran. Pelajar terdedah kepada budaya ‘jalan pintas’ seperti plagiat, kebergantungan kepada mesin untuk menjawab tugasan dan hilangnya nilai usaha serta kesungguhan.
Item Type: | Article (Newspaper) |
---|---|
Additional Information: | 2069/120695 |
Uncontrolled Keywords: | celik teknologi, buta etika, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM, integrasi ilmu |
Subjects: | T Technology > T Technology (General) > T173.2 Technological change T Technology > T Technology (General) > T173.5 Technology and Islam |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | UNSPECIFIED |
Depositing User: | Madam Shahrizad Sa-idul Haj |
Date Deposited: | 18 Apr 2025 15:45 |
Last Modified: | 18 Apr 2025 15:45 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/120695 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |