Mohmad Sabere, Awis Sukarni and Osman, Muhammad Faris (2025) Benarkah pengambilan ketum memudaratkan kesihatan? Utusan Malaysia, Rencana (16hb Januari 2025). p. 15. ISSN 2716-6694
Full text not available from this repository. (Request a copy)Abstract
PENTING untuk pengguna dan pihak berkuasa mendekati ketum dengan penuh berhati-hati untuk mengetahui sifatnya yang boleh menjadi penyembuh atau racun. Oleh Awis Sukarni Mohmad Sabere dan Muhamad Faris Osman 16 Januari 2025, 8:00 am DAUN ketum digunakan sejak zaman dahulu oleh penduduk di Thailand, Indonesia dan Malaysia. Secara tradisional, pengambilan daun ketum mampu meningkatkan tenaga bagi menjalankan kerja-kerja harian dan memelihara kesihatan secara umum. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ketum menarik perhatian masyarakat tempatan dan antarabangsa kerana penggunaannya berkembang daripada sekadar ubat herba tradisional kepada rawatan alternatif untuk masalah ketagihan dadah sintetik seperti morfin dan heroin. Ada yang berpendapat pengambilan daun ketum selamat dan tidak perlu diwujudkan peraturan tertentu bagi mengawal penggunaannya. Sebaliknya, ada juga yang memberikan pandangan lain. Oleh sebab daun ketum boleh berfungsi sebagai pengganti dadah sintetik, ia juga berpotensi untuk menyebabkan ketagihan yang dikenali sebagai ketagihan air daun ketum. Ia dikhuatiri boleh membawa mudarat kepada kesejahteraan kualiti hidup dan produktiviti individu, masyarakat dan negara.
Item Type: | Article (Newspaper) |
---|---|
Additional Information: | 7758/120393 |
Uncontrolled Keywords: | ketum, kesihatan |
Subjects: | R Medicine > RM Therapeutics. Pharmacology > RM300 Drugs and their action R Medicine > RS Pharmacy and materia medica |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Pharmacy Kulliyyah of Pharmacy > Department of Pharmaceutical Chemistry |
Depositing User: | Dr Awis Sukarni Mohmad Sabere |
Date Deposited: | 25 Mar 2025 09:27 |
Last Modified: | 25 Mar 2025 09:27 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/120393 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |