IIUM Repository

Hubung kait antara penglibatan remaja di pusat aktiviti remaja dengan kemakmuran

Sobri, Nur Ashikin and Mohd Hashim, Intan Hashimah and Mohammad, Mohd Taufik (2025) Hubung kait antara penglibatan remaja di pusat aktiviti remaja dengan kemakmuran. Kajian Malaysia, 43 (1). pp. 301-323. ISSN 0127-4082 E-ISSN 2180-4273

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (402kB)

Abstract

Zaman remaja merupakan fasa peralihan yang penting dalam perkembangan kehidupan tetapi belum banyak kajian yang melibatkan pengalaman positif mereka seperti kemakmuran individu dijalankan di Malaysia. Kajian ini meneliti tentang penglibatan remaja di pusat aktiviti remaja di luar waktu persekolahan, yang boleh menyumbang kepada kemakmuran mereka. Berfokuskan kepada Kafe@TEEN di Pulau Pinang, kajian ini melihat hubung kait antara penglibatan remaja dalam aktiviti-aktiviti kreatif dan keterikatan sosial yang boleh menyumbang kepada kemakmuran individu. Seramai 132 orang remaja berumur antara 13 hingga 18 tahun yang merupakan ahli pusat aktiviti remaja Kafe@TEEN, Pulau Pinang telah terlibat dalam kajian ini. Mereka dipilih berdasarkan kaedah pensampelan bertujuan. Soal selidik yang terdiri daripada lima bahagian iaitu maklumat demografi, penglibatan di Kafe@TEEN, penglibatan dalam aktiviti-aktiviti kreatif, keterikatan sosial dan kemakmuran individu telah diedarkan kepada peserta kajian. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara penglibatan remaja di Kafe@TEEN dan keterikatan sosial dengan kemakmuran individu. Walau bagaimanapun, tiada hubungan yang signifikan antara aktivitiaktiviti kreatif dan kemakmuran. Dapatan kajian menunjukkan kepentingan penglibatan dalam aktiviti di pusat aktiviti remaja di luar waktu persekolahan seperti pusat aktiviti remaja Kafe@TEEN terhadap kemakmuran individu. Kajian ini juga menonjolkan peranan penglibatan aktiviti masa senggang di luar waktu persekolahan yang lebih jelas dan spesifik yang menyumbang kepada kemakmuran individu. Golongan remaja haruslah digalakkan untuk lebih terlibat dalam aktiviti masa senggang di luar waktu persekolahan khususnya di pusat aktiviti remaja seperti Kafe@TEEN bagi meningkatkan kemakmuran. Dorongan ibu bapa dan inisiatif pihak kerajaan untuk memperbanyakkan pusat aktiviti remaja seumpama ini juga diperlukan. Lebih banyak kajian pada masa akan datang perlu dijalankan bagi melihat sumbangan faktor lain seperti keusahawanan sosial terhadap kemakmuran golongan remaja khususnya dalam konteks aktiviti di luar waktu persekolahan.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: remaja, kemakmuran, pusat aktiviti remaja, aktiviti-aktiviti kreatif, keterikatan sosial
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Psychology
Depositing User: Dr Mohd Taufik bin Mohammad
Date Deposited: 21 May 2025 10:28
Last Modified: 21 May 2025 10:31
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/120386

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year