IIUM Repository

Bagaimana Malaysia mendapat nama? Analisis terhadap penerbitan kepustakaan abad ke-19

Aziz, Hamdan and Zakariya, Hafiz (2024) Bagaimana Malaysia mendapat nama? Analisis terhadap penerbitan kepustakaan abad ke-19. In: Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan Kali Ke-9, 17-18 July 2024, Universiti Islam Selangor.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (679kB) | Request a copy

Abstract

Kertas kerja ini cuba merungkaikan penggunaan nama “Malaysia” yang digunakan secara meluas dalam kalangan penjelajah Asiatic Barat terutama pada abad ke-19. Justeru bagi merungkai persoalan ini, maka analisis kepustakaan dilakukan terhadap akhbar, buku, risalah serta penerbitan lain yang diterbitkan sepanjang tahun 1831 sehingga tahun 1900. Justeru hasil perbincangan dari penerbitan ini akan dianalisis dan deskriptifkan terutama yang berkaitan dengan penggunaan nama Malaysia. Umumnya kedatangan penjelajah ke sebelah Asia telah melahirkan nama Malaysia yang bermaksud “tanah Orang Melayu di sebelah Asia”. Konsep Malaysia yang digunakan penjelajah pula bukanlah merujuk kepada struktur politik moden hari ini namun ia merujuk kepada suatu kawasan (geografikal) yang menjadi tumpuan dalam kalangan penjelajah Asiatic bagi memudahkan mereka menjarah sesuatu kawasan. Hasil kajian mendapati nama Malaysia telah digunakan buat pertama kali pada tahun 1832 oleh D’Urville, seorang penjelajah Perancis apabila beliau menggunakan istilah Malaisie (Malaysia) bagi membahagikan kawasan di lautan Pasifik dalam usaha pembahagian kawasan sesama kuasa Barat. Pada tahun 1835 seorang penjelajah British, Bradford menggunakan istilah Malaysia. Dalam pada itu kumpulan penjelajah Barat yang datang bergerak seiring dengan agenda kolonialisme dan orientalisme yang mana didokong oleh kumpulan agamawan khususnya gerakan Methodist Episcopal Church (MEC). Dapatan daripada pembentangan kertas kerja ini boleh dijadikan panduan kepada penduduk pelbagai kaum di Malaysia.

Item Type: Proceeding Paper (Other)
Uncontrolled Keywords: Sejarah Malaysia
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of History & Civilization
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences
Depositing User: Dr. Hafiz Zakariya
Date Deposited: 12 Feb 2025 16:40
Last Modified: 12 Feb 2025 16:40
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/119314

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year