IIUM Repository

100 persoalan mengenai kesihatan gigi dan gusi

Mat Azmi, Intan Suhana Munira and Wan Nik, Wan Noor Nazayan and Ismail, Zubaidah, eds. (2024) 100 persoalan mengenai kesihatan gigi dan gusi. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 978-983-49-4308-0

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (17MB) | Preview

Abstract

Buku 100 Persoalan Mengenai Kesihatan Gigi dan Gusi ialah garapan penulisan usaha sama para penulis yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Doktor Pergigian, Universiti Kebangsaan Malaysia. Tujuan utama buku ini ditulis untuk memberikan penjelasan kepada permasalahan pergigian serta penyakit gusi yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat. Skop penulisan buku ini mencakupi pelbagai perkara asas dalam penjagaan kesihatan gigi dan gusi, antaranya termasuklah kaedah memberus gigi dengan betul, penggunaan ubat gigi yang sesuai, peralatan lain yang boleh digunakan dalam memastikan ruang mulut sentiasa bersih, dan penjagaan gigi serta gusi yang lebih komprehensif, khususnya kepada mereka yang memakai pendakap gigi atau braces. Selain itu, buku ini juga menyentuh berkenaan gigi yang berlubang serta penyakit gusi yang boleh dihidapi oleh seseorang jika tidak menjaga kebersihan mulut dengan baik. Penyakit gusi mempunyai beberapa peringkat mengikut tahap keterukan jangkitan ke atas tisu penyokong gigi sehingga menyebabkan gigi menjadi goyang dan tidak boleh diselamatkan. Masalah yang berlaku ini disebabkan keadaan tisu penyokong gigi yang semakin berkurangan. Terdapat pelbagai rawatan untuk mengatasi masalah pergigian dimuatkan di dalam buku ini sebagai panduan dan rujukan kepada pembaca. Buku ini sesuai untuk dibaca oleh semua peringkat usia sehinggalah kepada warga emas kerana kandungannya yang relevan kepada semua golongan masyarakat. Kandungan buku ini disusun mengikut bab berdasarkan cara penjagaan gigi dan gusi, permasalahan gigi dan gusi, rawatan yang sesuai, pemakaian pendakap gigi serta permasalahan pergigian dalam kalangan kanak-kanak. Setiap persoalan yang dikemukakan dalam setiap bab telah distrukturkan supaya lebih memfokuskan permasalahan yang paling sering berlaku dalam kalangan masyarakat. Dr. Intan Suhana Munira Mat Azmi Dr. Wan Noor Nazayan Wan Nik Dr. Zubaidah Ismail

Item Type: Book
Subjects: R Medicine > RK Dentistry > RK318 Oral and Dental Medicine. Pathology. Diseases-Therapeutics-General Works
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Dentistry > Department of Prosthodontics
Kulliyyah of Dentistry
Depositing User: DR Wan Noor Nazayan Wan Nik
Date Deposited: 28 Jan 2025 17:53
Last Modified: 28 Jan 2025 17:53
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/118993

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year