Ahmad Lutfi, Mujahid and Zakaria, Rohana and Salihin, Muhammad Syafee (2022) Tahap penguasaan ilmu tawjih al-Qiraat dalam kalangan pelajar ism al-quran dan al-Qiraat KUIS. In: ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENGAJIAN TAHFIZ AL-QURAN & AL-QIRAAT. PENERBIT FPPI Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), KUIS, pp. 103-110. ISBN 978-967-2808-26-8
PDF
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (622kB) | Request a copy |
Abstract
Abstrak Pengajaran ilmu tawjih al-Qiraat bertujuan menjelaskan rahsia tersurat dan tersirat di sebalik kepelbagaian perbezaan bacaan. Penguasaan dalam disiplin ilmu ini diperlukan kepada setiap pelajar yang mengikuti program pengajian Ijazah Sarjana Muda Tahfiz di seluruh IPT Malaysia. Program ISM al-Quran dan al-Qiraat KUIS antara IPTS terawal yang menawarkan kursus pengajaran ilmu tawjih al-Qiraat. Perkara ini menimbulkan satu persoalan, sejauhmanakah tahap penguasaan pelajar ISMQQ KUIS terhadap ilmu tawjih al-Qiraat. Justeru kajian ini dilaksanakan untuk meninjau tahap penguasaan ilmu tawjih al-Qiraat dalam kalangan pelajar ISMQQ KUIS. Rekabentuk kajian ialah kajian tinjauan melalui pendekatan kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada para pelajar ISMQQ KUIS berdasarkan kaedah pemilihan sampel kajian persampelan rawak mudah. Daripada keseluruhan soal selidik tersebut sebanyak 41 maklumbalas diterima daripada para pelajar ISMQQ KUIS. Data soal selidik telah dianalisis dengan mengunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS 26.0). Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan ilmu tawjih al-Qiraat majoriti ISMQQ KUIS berada pada tahap sederhana iaitu min (3.47). Faktor kelemahan penguasaan berpunca daripada kelemahan penguasaan ilmu qiraat al-Riwayah, kelemahan penguasaan bahasa Arab dan kelemahan kaedah dan teknik pengajaran tenaga pengajar ilmu tawjih al-Qiraat. Implikasi kajian ini penting dalam mewujudkan kesedaran ke arah memperbaiki tahap penguasaan ilmu tawjih al-Qiraat dalam kalangan para pelajar dalam bidang Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat. Selain itu, peranan tenaga pengajar dalam mempelbagai strategi dan kaedah pengajaran ilmu tawjih al-Qiraat juga diperlukan dalam usaha meningkat penguasaan pelajar terhadap ilmu ini.
Item Type: | Book Chapter |
---|---|
Subjects: | BPL Islamic education > BPL27 Aims and objectives of education. Sustainable education |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) > Tilawah Al-Quran Divsion |
Depositing User: | Mr Mujahid Bin Ahmad Lutfi |
Date Deposited: | 22 Jan 2025 15:19 |
Last Modified: | 22 Jan 2025 15:19 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/118522 |
Actions (login required)
View Item |