IIUM Repository

PENGGUNAAN INOVASI BAHASA MELAYU DI MEDIA SOSIAL DALAM KALANGAN MAHASISWA UIAM, PAGOH

Nahar, Nora'Azian and Ismail, Nur Azmina (2024) PENGGUNAAN INOVASI BAHASA MELAYU DI MEDIA SOSIAL DALAM KALANGAN MAHASISWA UIAM, PAGOH. INTERNATIONAL YOUNG SCHOLARS JOURNAL OF LANGUAGES. E-ISSN 0128-2573

[img]
Preview
PDF
Download (677kB) | Preview

Abstract

Generasi muda yang menggunakan media sosial banyak telah beralih kepada bahasa yang lebih dominan menyebabkan bahasa Melayu asli semakin kehilangan identitinya. Berikutan itu, penggunaan inovasi dalam bahasa Melayu di media sosial menjadi satu aspek yang menarik untuk kajian linguistik khususnya dalam konteks penggunaan remaja. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis penggunaan inovasi bahasa Melayu dan membincangkan kesan-kesan penggunaan inovasi bahasa Melayu dalam kalangan mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Pagoh di media sosial. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan data dikumpul melalui pemerhatian dalam talian di aplikasi WhatsApp, temu bual, analisis teks, dan transkripsi. Hasil kajian menunjukkan bahawa inovasi bahasa yang banyak digunakan dalam media sosial ialah penggunaan slanga, bahasa singkatan, percampuran kod dan kesalahan ejaan. Perkataan yang mengalami inovasi juga dibincangkan menggunakan Teori Tangan Ghaib Keller (1994). Penemuan baharu kajian ini menggariskan keperluan untuk memperkukuhkan kesedaran terhadap penggunaan bahasa yang betul dalam konteks digital. Remaja cenderung mencipta perkataan baharu dan menggabungkan pelbagai unsur linguistik untuk mencipta gaya komunikasi unik yang mudah dikenali oleh lingkungan sebaya. Kajian ini turut membincangkan kesan inovasi bahasa di media sosial terhadap perkembangan bahasa remaja secara lebih meluas disamping memberikan implikasi penting kepada mahasiswa yang ingin mengkaji penggunaan inovasi dalam bahasa Melayu dan menekankan kepentingan bahasa Melayu dalam pembinaan negara bangsa Malaysia. Kesimpulannya, keaslian bahasa Melayu dalam era digital juga dapat dipelihara agar bahasa Melayu tidak semakin terpinggir oleh para penutur asal bahasa Melayu.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Kata kunci: inovasi, komunikasi, media sosial, remaja, WhatsApp
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: Dr Nora'Azian Nahar
Date Deposited: 07 Jan 2025 07:11
Last Modified: 07 Jan 2025 07:11
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/118234

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year