Mohamad Anuar Kamal, Nurul Iman and Ahmad Safian, Nursafira (2024) The heroic figures of Islam through the war poetry of Ka'ab bin Malik = Figura heroisme Islam melalui puisi perang Ka'ab bin Malik. International Journal of West Asian Studies, 16. pp. 92-101. ISSN 2229-8924 E-ISSN 2180-4788
|
PDF (Journal)
- Published Version
Download (308kB) | Preview |
Abstract
Ka'ab bin Malik merupakan seorang penyair terkemuka dan sahabat Rasulullah SAW yang memainkan peranan penting dalam sejarah Islam melalui karya-karya puisi. Beliau menggunakan puisi sebagai medium untuk menyampaikan mesej dakwah, membangkitkan semangat juang, dan menggambarkan nilai-nilai luhur seperti keberanian, kesetiaan, dan pengorbanan dalam perjuangan menegakkan agama Allah SWT. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis bagaimana Ka'ab bin Malik menggambarkan heroisme Islam melalui puisi-puisinya, khususnya dalam konteks peperangan yang disertai seperti Perang Uhud dan Perang Badar. Pendekatan kualitatif dengan metode sejarah dan analisis kandungan digunakan dalam kajian ini. Pendekatan sejarah membantu memahami konteks peristiwa yang digambarkan, manakala analisis kandungan puisi memberi tumpuan kepada gaya bahasa dan struktur puitis dalam puisi-puisi yang dikaji. Hasil kajian menunjukkan bahawa puisi Ka'ab bin Malik bukan sahaja mendokumentasikan peristiwa penting dalam sejarah Islam tetapi juga menjadi alat motivasi yang dapat menaikkan semangat umat Islam pada masa itu. Dengan penggunaan bahasa yang indah dan gaya puitis yang penuh emosi, Ka'ab berjaya menggambarkan ketokohan Rasulullah SAW, ketabahan sahabat dan semangat juang umat Islam. Karya-karya beliau terus dihayati sebagai warisan seni yang sarat dengan nilai moral dan spiritual, memberi inspirasi kepada generasi Islam sehingga kini
Item Type: | Article (Journal) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Ka'ab bin Malik, heroisme Islam, puisi perang, sahabat Rasulullah, sejarah Islam Keywords: Ka'ab bin Malik, Islamic heroism, war poetry, companion of the Prophet, Islamic history. |
Subjects: | P Language and Literature > PJ Semitic > PJ6001 Arabic > PJ7501 Arabic literature P Language and Literature > PJ Semitic > PJ6001 Arabic > PJ7501 Arabic literature > PJ7695.8 Individual authors or works |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Arabic Language and Literature |
Depositing User: | DR. NURSAFIRA AHMAD SAFIAN |
Date Deposited: | 03 Feb 2025 11:21 |
Last Modified: | 03 Feb 2025 11:22 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/117473 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |