Halim, Nur Zulaikha Lyana and Nopiah, Julaina and Tinggom, Adriana Santa
(2024)
PENGGUNAAN DIALEK MELAYU SIAM OLEH
GOLONGAN REMAJA DI AYER HANGAT, LANGKAWI.
INTERNATIONAL YOUNG SCHOLARS JOURNAL OF LANGUAGES, 7.
pp. 206-222.
E-ISSN 0128-2573
Abstract
Daerah Langkawi yang terletak di negeri Kedah menyebabkan pendudukanya
sentiasa menggunakan dialek Kedah ketika berkomunikasi dalam kehidupan
seharian. Namun begitu, penduduk di Ayer Hangat lebih cenderung menggunakan
dialek Melayu Siam ketika berkomunikasi antara satu sama lain. Sehubungan itu,
kajian ini akan membincangkan mengenai penggunaan dialek Melayu Siam oleh
golongan remaja di Ayer Hangat, Langkawi. Objektif kajian ini adalah mengenal
pasti penggunaan dialek Melayu Siam dan menganalisis faktor pemilihan bahasa
dialek mengikut situasi formal atau tidak formal dalam golongan remaja di Ayer
Hangat, Langkawi. Kajian ini menggunakan teknik temu bual, pemerhatian dan
soal selidik bagi mendapatkan data mengenai penggunaan dialek Melayu Siam
dalam golongan remaja. Hasil kajian mendapati bahawa sebanyak 30 perkataan
dalam dialek Melayu Siam telah dikumpulkan. Faktor pemilihan bahasa bagi
dialek Melayu Siam mengikut situasi formal dan tidak formal menunjukkan
bahawa golongan remaja lebih kerap menggunakan dialek Melayu Siam ketika
berkomunikasi dalam situasi tidak formal seperti berkomunikasi dengan keluarga
dan rakan-rakan. Namun, golongan remaja hanya menggunakan bahasa Melayu
Standard ketika berkomunikasi dalam situasi formal seperti ketika bekerja.
Sehubungan dengan itu, pelaksanaan kajian ini dapat mendedahkan kewujudan dialek Melayu Siam di Langkawi kepada masyarakat di luar dan semakin banyak
kajian yang akan dihasilkan pada masa hadapan.
Actions (login required)
|
View Item |