IIUM Repository

GANGGUAN DALAM PERBUALAN : SATU ANALISIS WACANA

Tinggom, Adriana Santa and Nopiah, Julaina and Idrus, Azean Idruwani (2024) GANGGUAN DALAM PERBUALAN : SATU ANALISIS WACANA. In: Seminar Bahasa, Budaya dan Sastera 2024, PAGOH.

[img]
Preview
PDF
Download (9MB) | Preview

Abstract

Wawancara merupakan perbualan yang dilakukan secara bersemuka dengan memasukkan elemen perbualan harian. Dalam wawancara, perbualan menjadi unsur utama untuk menyampaikan tujuan serta pandangan tentang sesuatu perkara. Pengacara dan orang yang diwawancara memainkan peranan yang signifikan dalam menjayakan sesebuah program wawancara. Kemahiran berbahasa yang baik dapat menghasilkan soalan dan jawapan yang berkualiti. Hal ini dikatakan demikian kerana bahasa berperanan sebagai alat komunikasi dan alat untuk menyatakan fikiran, selain sebagai kegiatan yang bermakna, dan menjadi sistem lambang yang dihasilkan oleh manusia. Namun demikian, unsur celahan dalam perbualan menyebabkan berlakunya gangguan dalam perbualan. Oleh itu, terdapat dua objektif dalam kajian ini, iaitu mengenal pasti dan menganalisis unsur gangguan dalam perbualan segmen Asam Garam Rumah Tangga. Sebanyak lima topik daripada segmen Asam Garam Rumah Tangga telah dipilih dan dianalisis berdasarkan kaedah analisis kandungan teks. Setiap ujaran dalam teks dianalisis menggunakan Model Celahan oleh Roslina Mamat (2004). Dapatan menunjukkan unsur celahan dalam perbualan Asam Garam Rumah Tangga terdiri daripada celahan gangguan dan celahan pertolongan. Celahan gangguan ini digunakan untuk mengganggu percakapan penutur semasa, seterusnya membawa kepada pengambilan giliran secara tidak sah. Sementara celahan pertolongan pula merupakan celahan yang berperanan untuk menolong penutur semasa, sekiranya pertuturan tidak lancar. Seterusnya, unsur celahan ini turut digunakan untuk merancakkan perbualan. Unsur celahan ini bukan sahaja membantu dalam kelancaran berbahasa tetapi juga mewujudkan kefahaman dalam perbualan antara pemeran. Dalam konteks ini, adalah penting bagi individu yang menggunakan bahasa untuk memahami, mempelajari, dan menguasai kemahiran berinteraksi menggunakan unsur-unsur celahan bagi mengelakkan celahan ini daripada mengganggu sesebuah perbualan, khususnya dalam wawancara.

Item Type: Proceeding Paper (Slide Presentation)
Uncontrolled Keywords: Gangguan, celahan, perbualan, analisis wacana, wawancara
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: Dr Adriana Santa Tinggom
Date Deposited: 30 Dec 2024 16:56
Last Modified: 30 Dec 2024 16:56
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/117447

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year