Mochammad Sahid, Mualimin and Fettane, Amar and Chaedar, Syed Mohammad and Zulkifli, Zulkifli (2024) Istiadat ulangan Penghulu Luak Tanah Mengandung mengadap menjunjung duli di Negeri Sembilan: satu tinjauan dari perspektif syarak. In: SEMINAR ANTARABANGSA ISLAM DAN SAINS - SAIS 2024 EDISI KE-7 Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2024, 26 September 2024, Nilai, 71800 Negeri Sembilan..
PDF
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (6MB) | Request a copy |
Abstract
Istiadat Ulangan Penghulu Luak Tanah Mengandung Mengadap Duli yang diamalkan di Negeri Sembilan adalah sebuah upacara tradisional di Negeri Sembilan yang menggabungkan elemen adat Perpatih dengan elemen kesultanan Melayu di bawah naungan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Dalam konteks adat Perpatih ia merupakan aspek penting dalam mengekalkan keharmonian dan kestabilan masyarakat di Negeri Sembilan. Dari perspektif Syarak, istiadat ini juga mencerminkan prinsip-prinsip Islam yang menggariskan peri pentingnya ketaatan kepada pemimpin demi mengekalkan persatuan, kekuatan dan keamanan pemerintahan. Disamping itu, istiadat ini juga menjadi faktor yang signifikan dalam mengekalkan warisan adat Perpatih yang merupakan amalan masyarakat di Negeri Sembilan yang memperkukuh ketaatan kepada pemimpin. Artikel ini bertujuan menjelaskan maksud dan tujuan di sebalik istiadat yang unik ini serta kaitannya dengan prinsip Syarak menerusi Kaedah Fiqh "Tasarruf Al-Imam Manutun Bi Al-Maslahah" (Tindakan pemimpin ke atas rakyatnya mesti berdasarkan unsur kemaslahatan). Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif dan kepustakaan dengan menganalisa isu yang dikaji merujuk kepada pelbagai sumber rujukan primer dan sekunder. Di antara hasil kajian adalah bahawa Istiadat Ulangan Penghulu Luak Tanah Mengandung Mengadap Duli yang diamalkan sehingga ke hari ini bukan sahaja penting dalam konteks melestarikan budaya dan adat sahaja, tetapi juga mempunyai signifikan yang mendalam dari perspektif Syarak kerana mencerminkan hubungkait di antara adat dan syarak dalam mengekalkan kestabilan, keharmonian, dan keadilan dalam masyarakat khasnya di Negeri Sembilan.
Item Type: | Proceeding Paper (Plenary Papers) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Istiadat, adat perpatih, ulangan, mengadap, Negeri Sembilan, kaedah fiqh |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP100 Sacred books > BP140 Islamic law (Fiqh) |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Qur’an and Sunnah Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences |
Depositing User: | DR AMAR FETTANE |
Date Deposited: | 09 Jan 2025 10:39 |
Last Modified: | 09 Jan 2025 10:39 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/117432 |
Actions (login required)
View Item |