IIUM Repository

Akal Budi Melayu Dalam Pantun Melayu Berunsurkan Buah: Analisis Semantik Inkuisitif

Nahar, Nora'Azian and Abdul Hazam, Nurul Asmaa’ (2024) Akal Budi Melayu Dalam Pantun Melayu Berunsurkan Buah: Analisis Semantik Inkuisitif. In: Seminar Bahasa, Budaya dan Sastera 2024 Peringkat Kebangsaan, Kulliyyah Pelancongan Mampan dan Bahasa Kontemporari UIAM Kampus Pagoh.

[img]
Preview
PDF
Download (9MB) | Preview

Abstract

Pantun Melayu yang sarat dengan keindahan rimanya dan mempunyai nilai kesusasteraan yang tinggi jelas memancarkan kecendekiaan serta kekreatifan masyarakat terdahulu. Penggunaan pantun ini lazim digunakan masyarakat Melayu bagi menzahirkan perasaan secara sopan dan halus. Khazanah yang ditinggalkan ini sangat indah apabila menjadikan unsur alam sebagai latar dalam pembayang. Namun, unsur tersebut sering diabaikan tanpa mengetahui terdapat akal budi yang terkandung di dalamnya. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti pantun Melayu berunsurkan buah yang terkandung dalam pantun bertemakan Pantun Nasihat dan Pantun Kiasan berdasarkan buku Kurik Kundi Merah Saga: Kumpulan Pantun Lisan Melayu (2015). Seterusnya, mencungkil akal budi masyarakat Melayu melalui pendekatan Semantik Inkuisitif. Kajian yang berbentuk kualitatif ini menganalisis data berdasarkan tiga tahap, iaitu tahap Semantik Skrip diikuti oleh Semantik Resonans pada tahap kedua dan akhir sekali merupakan tahap Semantik Inkuisitif. Tafsiran data pada tahap Semantik Resonans mengaplikasikan Rangka Rujuk Silang (RRS) yang diperkenalkan oleh Kempson (1986). Hasil dapatan kajian menunjukkan 4 jenis buah yang dominan dipilih berdasarkan kekerapan tertinggi daripada 37 jenis buah keseluruhannya. Dapatan yang diperoleh juga memaparkan unsur buah bukan sahaja mempunyai khasiatnya tersendiri namun mendukung makna yang tersirat bagi mengekspresikan perasaan penuturnya. Implikasinya, kajian ini menemukan unsur buah yang jarang dikomersialkan atau yang ditemukan. Kesimpulannya, masyarakat Melayu sangat peka dengan unsur alam di sekeliling mereka dengan mengaplikasikan unsur buah dalam tutur bicara.

Item Type: Proceeding Paper (Keynote)
Uncontrolled Keywords: Kata Kunci: akal budi, kecendekiaan, pantun Melayu, semantik, unsur alam
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: Dr Nora'Azian Nahar
Date Deposited: 30 Dec 2024 16:59
Last Modified: 30 Dec 2024 16:59
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/117270

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year