IIUM Repository

Penguasaan Bahasa Melayu Dalam Kalangan Pelajar Kursus Sastera Bahasa Inggeris Di UIAM Pagoh

Nahar, Nora'Azian and Hasuran, Norlaila and Mohd Rozi, Nur Athirah Aleya and Md Rizam, Nur Nafeesa Aleeya (2024) Penguasaan Bahasa Melayu Dalam Kalangan Pelajar Kursus Sastera Bahasa Inggeris Di UIAM Pagoh. In: Seminar Bahasa,Budaya dan Sastera 2024 Peringkat Kebangsaan, Kulliyyah Pelancongan Mampan dan Bahasa Kontemporari UIAM Kampus Pagoh.

[img]
Preview
PDF
Download (9MB) | Preview

Abstract

Pada era globalisasi kini, kedudukan bahasa Melayu semakin tercabar disebabkan penggunaan bahasa Inggeris yang menjadi bahasa utama di seluruh negara terutamanya dalam kalangan pelajar universiti. Perkara ini dilihat mampu menggugat kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang sepatutnya dimartabatkan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah penguasaan bahasa Melayu yang dihadapi oleh pelajar tahun tiga Kursus Sastera Bahasa Inggeris untuk Komunikasi Antarabangsa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kajian ini dijalankan bagi mengkaji langkah memperbaik masalah penguasaan bahasa Melayu yang dihadapi oleh responden. Sehubungan dengan itu, maklum balas daripada 14 orang responden yang dipilih menggunakan kaedah pemilihan secara rawak bagi mendapatkan data. Semua maklumat dan data yang diperoleh melalui soal selidik dan temu bual tersebut telah ditranskripsi dan dianalisis. Hasil kajian menunjukkan majoriti responden yang merupakan pelajar jurusan bahasa Inggeris hanya mempunyai sedikit masalah berkaitan dengan penguasaan bahasa Melayu. Hal ini jelas melalui dapatan yang menunjukkan para responden mampu menjawab soalan yang diberikan berkaitan dengan pengetahuan asas bahasa Melayu dengan jayanya. Kajian juga menjelaskan kepentingan hasil daripada kajian ini iaitu dapat meningkatkan kesedaran pelajar bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan di samping pelajar dapat menambah pengetahuan terhadap peribahasa Melayu. Kesedaran dalam jati diri mahasiswa perlu disuburkan kembali agar menggunakan bahasa Melayu standard semasa berkomunikasi seharian.

Item Type: Proceeding Paper (Keynote)
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: Dr Nora'Azian Nahar
Date Deposited: 30 Dec 2024 16:59
Last Modified: 30 Dec 2024 16:59
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/117262

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year