IIUM Repository

Pengaruh Frasa ‘Tular’ Di Tiktok Terhadap Fenomena Kerancuan Bahasa Dalam Media Sosial

Nahar, Nora'Azian and Md Nizar, Nadzirah (2024) Pengaruh Frasa ‘Tular’ Di Tiktok Terhadap Fenomena Kerancuan Bahasa Dalam Media Sosial. In: Seminar Bahasa,Budaya dan Sastera 2024 Peringkat Kebangsaan, Kulliyyah Pelancongan Mampan dan Bahasa Kontemporari UIAM Kampus Pagoh.

[img]
Preview
PDF
Download (9MB) | Preview

Abstract

Isu kerancuan bahasa di media sosial yang masih lagi tidak menemukan penyelesaian malahan telah menjadi suatu normalisasi dalam kalangan masyarakat kini menimbulkan kebimbangan para linguistik tempatan. Tambahan lagi, dengan kewujudan pempengaruh di media sosial memperluas pengaruh aktiviti kerancuan bahasa dalam kalangan masyarakat. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti frasa tular yang diaplikasikan oleh masyarakat dan mendorong kepada isu kerancuan bahasa. Kajian ini turut dijalankan untuk menganalisis Teori Pembelajaran Sosial (Pemodelan) oleh Albert Bandura (1977) yang mempengaruhi masyarakat terhadap penggunaan frasa tular. Pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian dan transkripsi video bagi mengumpulkan data dari aplikasi TikTok berdasarkan dua pempengaruh digital terkenal iaitu Imran Bard dan Azri Walter. Dapatan kajian menemukan beberapa bentuk kerancuan bahasa yang dilakukan oleh masyarakat di TikTok iaitu percampuran kod, ragam bahasa, ketidaksantunan berbahasa dan kesalahan tatabahasa. Kajian ini turut memperlihatkan fenomena kerancuan bahasa dalam media sosial berpunca daripada kaedah pembelajaran menerusi pemodelan terhadap kedua-dua pempengaruh tersebut. Implikasinya, kerancuan bahasa akan terus berlaku sekiranya pempengaruh di TikTok tidak mempraktikkan bahasa Melayu standard dan akhirnya akan mempengaruhi bahasa masyarakat di media sosial. Semua pihak haruslah mengambil tanggungjawab untuk mengaplikasikan bahasa Melayu dengan betul agar dapat memelihara martabat bahasa kebangsaan negara Malaysia.

Item Type: Proceeding Paper (Keynote)
Uncontrolled Keywords: Kata Kunci: kerancuan bahasa, pempengaruh, pembelajaran sosial, TikTok, dan tular
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: Dr Nora'Azian Nahar
Date Deposited: 30 Dec 2024 16:58
Last Modified: 30 Dec 2024 16:58
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/117257

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year