UNSPECIFIED
(2024)
Keberkesanan Modul Kaedah Membaca Pantas Dalam Program Pemulihan Membaca: Satu Kajian Kes.
In: Seminar Bahasa,Budaya dan Sastera 2024 Peringkat Kebangsaan, Kulliyyah Pelancongan Mampan dan Bahasa Kontemporari UIAM Kampus Pagoh.
Abstract
Masalah membaca merupakan permasalahan utama sepanjang pasca pandemik COVID-19. Murid di sekolah rendah dan di sekolah menengah dikenal pasti menghadapi masalah kurang
lancar membaca kerana masih belum mengenal abjad. Kajian dijalankan bagi mengenal pasti faktor-faktor penghalang penguasaan kemahiran membaca bahasa Melayu dalam kalangan murid di sekolah rendah yang dipilih dan membincangkan keberkesanan modul yang boleh digunakan untuk meningkatkan tahap kemahiran asas membaca mereka. Seramai 33 orang murid dari sekolah terpilih terlibat dalam program ini. Instrumen yang digunakan ialah Modul Kaedah Membaca Pantas (KMP) yang dibangunkan berdasarkan keperluan murid-murid yang tercicir dalam menguasai kemahiran membaca bahasa Melayu. Data diperoleh
menggunakan kaedah triangulasi secara pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Hasil dapatan mendapati sepanjang bimbingan tutor sukarelawan dalam Program Usrah in Action 1
(UIA1), seramai 24 orang murid telah lulus untuk diserapkan ke kelas arus perdana manakala 9 orang lagi yang menghadapi masalah kritikal terus dibimbing dalam program Usrah in Action
2 (UIA2). Daripada temu bual yang telah dijalankan dengan ibu bapa dan guru yang mengajar murid di kelas pemulihan di sekolah tersebut, tutor sukarelawan UIAM telah berjaya
memotivasikan dan berjaya mengendalikan program untuk membantu memulihkan kemahiran membaca mereka. Modul (KMP) yang digunakan secara tidak langsung dapat menyelesaikan masalah kecerdasan murid yang kinestetik, ‘auditory’ dan visual dalam menguasai teknik membaca berdasarkan suku kata. Implikasinya, instrumen yang digunakan boleh ditambahbaik untuk diaplikasikan kepada murid-murid pemulihan di sekolah lain. Semua pihak termasuk tutor sukarelawan dari IPT perlu bergembleng tenaga untuk melakukan khidmat kepada masyarakat terutama murid-murid yang terkesan akibat pandemik COVID-19 yang lalu.
Available Versions of this Item
-
Keberkesanan Modul Kaedah Membaca Pantas Dalam Program Pemulihan Membaca: Satu Kajian Kes. (deposited 30 Dec 2024 16:58)
[Currently Displayed]
Actions (login required)
|
View Item |