IIUM Repository

Leksikal Padi dalam lirik Lagu Melayu Klasik: Suatu Analisis Semantik

Nopiah, Julaina and Arif, Hazman Aiman (2024) Leksikal Padi dalam lirik Lagu Melayu Klasik: Suatu Analisis Semantik. International Young Scholars Journal of Languages, 7. pp. 119-132. E-ISSN e-ISSN 0128-2573

[img]
Preview
PDF
Download (677kB) | Preview
[img]
Preview
PDF
Download (257kB) | Preview

Abstract

Penghasilan lirik lagu hasil daripada pemilihan leksikal memerlukan penelitian yang mendalam kerana kepuitisan perlu ada dalam lirik lagu disamping menyampaikan makna lagu tersebut kepada pendengar. Kajian ini akan menghuraikan makna dan akal budi dalam bait bait lirik lagu klasik yang popular iaitu, “Gurindam Jiwa” dan Pantun Budi”. Kajian ini mengaplikasikan analisis kualitatif, iaitu dengan mengaplikasi pendekatan semantik inkuisitif yang diperkenalkan oleh Nor Hashimah (2014). Hasil kajian ini mendapati bahawa penggunaan kata-kata khusus dalam unsur perlambangan dilakukan dengan bijaksana oleh penulis. Selain itu, kajian ini juga menunjukkan penggabungan data, teori, budaya dan falsafah dapat menginterpretasikan makna yang mendalam sehingga kecerdasan akal budi terserlah melalui pemilihan leksikal dalam lirik lagu yang dihasilkan oleh penulis itu sendiri. Kajian mengenai makna tidak semestinya memfokus semantik dan kognitif semata-mata kerana ia bukan hanya objek yang hadir dalam akal fikiran namun juga merupakan ungkapan yang mempunyai kepuitisan dalam pemilihan kata dan kreativiti yang sangat tinggi kerana berkait dengan ilmu yang jitu.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Lirik lagu Melayu klasik, akal budi, falsafah, semantik inkuisitif
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: Dr Julaina Nopiah
Date Deposited: 02 Jan 2025 11:35
Last Modified: 02 Jan 2025 11:35
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/117066

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year