Nopiah, Julaina and Shari, Nursyaza Iffah
(2024)
Unsur Dualisme Berobjekkan Haiwan dalam Peribahasa Melayu: Pendekatan Semantik Inkuisitif.
International Young Scholars Journal of Languages, 7.
pp. 151-168.
E-ISSN e-ISSN 0128-2573
Abstract
Peribahasa merupakan satu keunikan bahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu. Pelbagai kajian semantik telah dijalankan untuk mengupas makna disebalik penggunaan objek tertentu dan mengenal pasti kaitan penggunaan pasangan sebuah objek dengan objek yang lainnya. Namun begitu, terdapat beberapa objek duaan yang masih belum dikupas dan dicungkil falsafah dan akal budi Melayunya menyebabkan kajian kali ini akan ditumpukan kepada unsur dualisme berobjekkan haiwan ‘tikus-kucing’ dan ‘ayam-musang’. Hasil pencarian objek unsur dualisme haiwan ini berjaya diperoleh melalui Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, data korpus Dewan Bahasa dan Pustaka dan juga pangkalan data di Malaycivilization UKM. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan Semantik Inkuisitif oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014) dan juga Rangka Rujuk Silang oleh Kempson (1986) sebagai langkah penganalisisan data. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa pemilihan ‘tikus-kucing’ ini diterapkan sebagai unsur dualisme adalah disebabkan oleh habitat kedua-duanya yang kebanyakannya tinggal di kawasan perumahan manakala unsur dualisme ‘ayam-musang’ digunakan bagi memaparkan perbezaan kuasa dan konsep khianat kerana sifat musang yang kecil dan gelap mampu mengaburkan mata manusia daripada melihat dirinya yang sebenar. Gabungan data, teori, falsafah dan budaya ini dapat menghasilkan huraian makna peribahasa yang pada akhirnya mencerminkan akal budi Melayu disebalik penggunaan objek duaan tersebut. Oleh itu, tidak dapat dinafikan lagi bahawa pendekatan semantik inkuisitif ini dapat menyerlahkan ilmu falsafah yang tersirat dalam setiap peribahasa Melayu.
Actions (login required)
|
View Item |