IIUM Repository

Kesantunan berbahasa dalam kalangan pelajar IPTA: perbandingan pelajar tempatan dan pelajar asing

Rosly, Nurul Jamilah (2013) Kesantunan berbahasa dalam kalangan pelajar IPTA: perbandingan pelajar tempatan dan pelajar asing. In: Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Melayu VIII, 13th-14th Nov. 2013, Kuala Lumpur.

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (13MB) | Preview

Abstract

Kajian yang dilakukan bertujuan mengkaji aspek kesantunan berbahasa dalam kalangan pelajar tempatan iaitu Melayu dan pelajar Arab. Objektif kajian adalah mengkaji pola dan strategi maaf dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan Melayu dan Arab serta faktor perbezaan budaya dalam permohonan maaf antara kedua masyarakat Melayu dan masyarakat Arab. Data kajian ini menggunakan pola dan strategi maaf berdasarkan model CCSARP (Cross-Cultural Study of Speech Act Realizations Patterns). Pengkaji menggunakan 30 responden dari pelajar tempatan dan pelajar Arab dengan menjawab 10 situasi yang berbeza. Hasil dapatan mendapati pelajar perempuan dan lelaki Arab serta Melayu menggunakan jenis bentuk pola maaf yang berbeza. Jika dilihat pada pelajar lelaki Melayu lebih menggunakan pola penjelasan kepada pendengar. Sifat ini sesuai dengan diri lelaki Melayu yang mempunyai ego dan tidak mudah untuk mengakui sesuatu kesalahan. Pelajar lelaki Arab pula lebih senang menawarkan maaf kepada pendengar. Responden lebih gemar menggunakan perkataan ‘Insyaallah’ sebagai janji tidak akan mengulangi sesuatu perbuatan. Kajian juga mendapati pelajar Arab juga mempunyai sikap suka menyalahkan pihak pendengar. Data ini berbeza dengan pelajar Melayu yang tidak akan menyalahkan pendengar apabila melakukan kesalahan. Berbeza pelajar perempuan Arab pula, mempunyai pola lakuan bahasa maaf sama seperti pelajar perempuan Melayu. Sifat perempuan yang mudah memaafkan kesalahan dilihat mempunyai sifat yang lembut dan mudah memaafkan kesalahan.Perbincangan kajian diakhiri dengan impikasi dapatan dan cadangan kajian dalam konteks lakuan bahasa maaf.

Item Type: Conference or Workshop Item (Full Paper)
Additional Information: 6500/1169
Uncontrolled Keywords: Kesantunan bahasa, IPTA
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) > Bahasa Melayu Division
Depositing User: Dr Nurul Jamilah Rosly
Date Deposited: 08 Jul 2014 09:50
Last Modified: 23 Oct 2015 22:31
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/1169

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year