IIUM Repository

Kata sapaan dalam kalangan masyarakat Orang Asli suku kaum Semai: kajian kes di Kuala Senta, Perak = Greetings among the Indigenous People of the Semai tribe: a case study in Kuala Senta, Perak

Suhaimi, Mohamad Suhaizi and Mohd Yusof, Izznusratina Nur Khalis and Beng, Eris Joshan Chew Ho (2024) Kata sapaan dalam kalangan masyarakat Orang Asli suku kaum Semai: kajian kes di Kuala Senta, Perak = Greetings among the Indigenous People of the Semai tribe: a case study in Kuala Senta, Perak. Gendang Alam, 14 (2). pp. 116-126. ISSN 2180-1738

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (176kB) | Request a copy

Abstract

Masyarakat Orang Asli suku kaum Semai merupakan kelompok Orang Asli yang terdapat di Malaysia. Masyarakat Orang Asli suku kaum Semai ini mempunyai kata sapaan yang tersendiri yang sedikit berbeza dengan masyarakat Melayu. Kata sapaan yang digunakan oleh mereka untuk berkomunikasi dan bertutur dalam kalangan mereka menjadi satu keunikan yang tersendiri yang pastinya mempunyai perbezaan dengan suku kaum bagi masyarakat Orang Asli yang lain. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti variasi kata sapaan dalam kalangan masyarakat Orang Asli suku kaum Semai dan menganalisis variasi kata sapaan dalam kalangan masyarakat Orang Asli suku kaum Semai berlandaskan Teori Kata Sapaan Ervin-Tripp (1972) menurut Peraturan Alternasi (Alternation Rules). Kajian ini juga telah mengaplikasikan kaedah kualitatif yang memperincikan dapatan data yang itu dengan kaedah temu bual, kaedah pemerhatian dan kaedah keperpustakaan. Teori Kata Sapaan Ervin-Tripp (1972) telah digunakan bagi menganalisis dapatan data dalam usaha mencapai objektif yang ditetapkan oleh pengkaji. Dapatan kajian telah mendapati sebanyak (14) variasi kata sapaan yang diperoleh dalam pertuturan sesama masyarakat Orang Asli suku kaum Semai dan dianalisis mengikut Teori Kata Sapaan Ervin-Tripp (1972) menurut Peraturan Alternasi (Alternation Rules). Hasilnya, penganalisisan kesemua variasi kata sapaan ini bertepatan dengan kategori yang telah diperincikan dengan jitu dan kesemuanya dihuraikan dengan jelas pada bahagian dapatan kajian.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: kaum Semai, kata sapaan, masyarakat, komunikasi, peraturan alternasi
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > HT401 Rural groups. Rural sociology
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: DR MOHAMAD SUHAIZI SUHAIMI
Date Deposited: 17 Dec 2024 15:27
Last Modified: 17 Dec 2024 15:27
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/116755

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year