IIUM Repository

Refleksi dualisme ‘asam dan garam’ dalam peribahasa: analisis semantik inkuisitif

Nopiah, Julaina and Idrus, Azean Idruwani and Anak Tinggom, Adriana Santa (2024) Refleksi dualisme ‘asam dan garam’ dalam peribahasa: analisis semantik inkuisitif. In: E-Prosiding Seminar Bahasa, Budaya dan Sastera 2024 Peringkat Kebangsaan, KSTCL KM1, Jalan Panchor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kulliyyah Pelancongan Mampan dan Bahasa Kontemporari 84600 Pagoh, Muar, Johor.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only until 31 December 2050.

Download (359kB) | Request a copy

Abstract

Konsep dualisme sering kali dibahaskan dalam ruang lingkup yang pelbagai seperti dualisme agama, dualisme pendidikan, dualisme pembangunan negara dan dualisme ekonomi. Pengamatan terhadap pengalaman hidup menjadikan masyarakat Melayu pada masa lalu lebih peka terhadap persekitarannya, sama ada yang bersifat positif atau negatif, bahkan yang bersifat natural atau duaan. Dalam peribahasa Melayu, konsep dualisme wujud berdasarkan penilaian orang Melayu pada masa lalu terhadap sifat dan tingkah laku orang di sekelilingnya, Sebanyak 37 peribahasa dari sumber Kamus Istimewa Peribahasa Melayu didapati mengandungi elemen dualisme. Daripada 37 data yang dikenal pasti, sebanyak 24% peribahasa adalah daripada kombinasi ‘asam-garam’. Kajian ini mengaplikasikan Pendekatan Semantik Inkuisitif, di samping pengaplikasian Rangka Rujuk Silang (RRS) terhadap data korpus. Berdasarkan analisis yang dilakukan, peribahasa yang berasaskan gandingan objek “asam-garam” bersifat sebagai pelengkap. Walaupun pada dasarnya terdapatnya pertentangan sifat semula jadi antara kedua-dua objek ini, namun gabungan antara keduanya menunjukkan hubungan yang saling melengkapi antara satu sama lain. Kedudukan yang berbeza (laut dan darat) tetapi mempunyai kegunaan yang sama, iaitu kedua-duanya merupakan perasa dalam makanan.

Item Type: Proceeding Paper (Other)
Uncontrolled Keywords: dualisme, peribahasa, akal budi, pendekatan semantik inkuisitif, rangka rujuk silang (rrs)
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P87 Communication. Mass media
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: Dr. Azean Idruwani Idrus
Date Deposited: 13 Dec 2024 10:04
Last Modified: 13 Dec 2024 15:11
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/116663

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year