Idrus, Azean Idruwani and Nopiah, Julaina and Anak Tinggom, Adriana Santa (2024) Dialek Melayu Satun Di Langkawi: Analisis Geolinguistik. In: E-Prosiding Seminar Bahasa, Budaya dan Sastera 2024 Peringkat Kebangsaan, 28.4.2024, KSTC, KM1, Jalan Panchor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kulliyyah Pelancongan Mampan dan Bahasa Kontemporari 84600 Pagoh, Muar, Johor.
PDF
- Published Version
Restricted to Repository staff only until 31 December 2050. Download (359kB) | Request a copy |
Abstract
Masyarakat Melayu Satun merupakan masyarakat yang berasal dari wilayah Satun, Thailand. Pada asalnya, Satun merupakan sebuah wilayah di bawah naungan Kerajaan Kedah. Akibat pemerintahan Inggeris, Satun kemudian dimasukkan di bawah pemerintahan Thailand. Kajian ini meneliti aspek geolinguistik iaitu bidang multidisiplin yang mengabungkan ilmu linguistik dan juga bidang geografi dengan menerapkan ilmu GIS iaitu Geographical Information System (GIS) dalam kajian ini. Kajian ini berfokus kepada penempatan masyarakat Melayu Satun di Langkawi berdasarkan penyebaran varian leksikal ‘tajam’ serta menghuraikan faktor bukan linguistik yang mendorong masyarakat Melayu Satun berada di bumi Langkawi. Kajian ini melibatkan enam buah mukim di Pulau Langkawi iaitu mukim Kuah, mukim Ayer Hangat, mukim Bohor, mukim Temoyong, mukim Kedawang dan mukim Ulu Melaka. Sebanyak 120 orang responden yang terdiri daripada golongan tua, golongan muda dan kanak-kanak telah terlibat dalam kajian ini. Data leksikal yang dikumpul telah ditranskripsi dan dimasukkan ke dalam perisian ArGIS iaitu salah satu perisian yang digunakan dalam ilmu GIS untuk penjanaan peta dialek bagi melihat penyebaran varian leksikal. Kajian menunjukkan terdapat penyebaran dialek Melayu Satun telah ditemui di Pulau Langkawi. Mukim Ayer Hangat, mukim Kuah terutamanya di Pulau Tuba telah wujud masyarakat Melayu Satun apabila dibuktikan wujudnya pengaruh Thai dalam varian leksikal yang ditemui melalui data yang dikumpul. Hasil kajian juga turut membuktikan bahawa faktor bukan linguistik iaitu faktor bentuk muka bumi, migrasi, persempadanan, perkahwinan campur dan ekonomi juga telah menjadi faktor dorongan kepada penempatan masyarakat Melayu Satun di Pulau Langkawi.
Item Type: | Proceeding Paper (Other) |
---|---|
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages |
Depositing User: | Dr. Azean Idruwani Idrus |
Date Deposited: | 13 Dec 2024 10:04 |
Last Modified: | 13 Dec 2024 10:04 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/116658 |
Actions (login required)
View Item |