IIUM Repository

Gerakan Pelampau Agama: Satu Analisis

El-Muhammady, Asma Muhammad Uthman and El-Muhammady, Ahmad and Mohd. Yusof, Danial and Raja Mohd Naguib, Raja Muhammad Khairul Akhtar (2024) Gerakan Pelampau Agama: Satu Analisis. In: PELAMPAU KEGANASAN DI MALAYSIA: SEJARAH, ISU DAN ANCAMAN. PENERBITAN USIM & IPSOM, MALAYSIA, pp. 159-179. ISBN 978-629-7636-849

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

Download (19MB) | Request a copy

Abstract

Bab Enam menganalisis fenemona gerakan pelampau agama atau “religious extremism” di peringkat lokal dan antarabangsa. Bab ini dihasilkan oleh empat penulis iaitu Ahmad El-Muhammady, Danial Mohd Yusof, Khairul Akhtar Raja Mohd Naguib dan Asma Muhammad Uthman El-Muhammady. Dalam bab ini, penulis membincangkan enam perkara pokok. Pertama, pelampau agama (ringkas PA) wujud dalam semua agama dan komuniti. Ia bermula dengan sikap dan pemikiran manusia dan menggunakan hujah agama sebagai justifikasi keabsahan fahaman mereka. Fenomena ini boleh diperhatikan dalam sejarah dan insiden yang berlaku pada hari ini. Kedua, untuk memahami konsep PA, dua perkara perlu diperhatikan, iaitu konsep fahaman arus perdana yang menjadi ikutan ramai, dan fahaman radikal atau pelampau yang melencong daripada fahaman arus perdana. Ketiga, PA dikaitkan dengan cara berfikir atau “psychological signature”, personaliti, dan pola ideologi yang tegar dan keras. Keempat, pembentukan ideologi PA bermula dengan mengenal pasti krisis yang berlaku dalam dunia, wujudnya rasa tanggungjawab, penentuan visi dan misi yang perlu dibuat untuk mencapai tujuan atau misi. Ini jelas dapat dilihat dalam ideologi Daesh dan berhaluan kanan yang dipegang oleh Brenton Tarrant. Kelima, PA mempunyai kesan jangka panjang pada negara sekiranya ia tidak ditangani dengan segera, kerana ideologi boleh tersebar dengan mudah dalam era teknologi maklumat hari ini. Keenam, dalam usaha menangani ancaman kumpulan ini juga, perlu juga difahami punca krisis yangberlaku dalam kehidupan mereka kerana hakikatnya setiap perbuatan itu mempunyai punca sebab atau “root causes” . Antaranya kemunculan Daesh adalah disebabkan penaklukan dan kekejaman Amerika Syarikat di Iraq dan Afghanistan. Oleh itu, generasi yang lahir dalam tempoh itu mengalami trauma peperangan yang teruk hingga membentuk cara berfikir mereka.

Item Type: Book Chapter
Uncontrolled Keywords: ISIS, al-Daulah al-Islamiyyah fi al-'Iraq wa al-Sham, fahaman pelampau agama, ideologi dan fahaman pelampau agama, theological justification.
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H96 Public policy (General), Policy sciences
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Usul al-Din and Comparative Religion
Depositing User: Dr Asma Muhammad Uthman El-Muhammady
Date Deposited: 08 Jan 2025 09:51
Last Modified: 08 Jan 2025 09:51
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/116623

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year