IIUM Repository

Penggunaan gaya bahasa retorik dalam pelaporan berita politik di berita televisyen

Nopiah, Julaina and Samarrudin, Nurfatihah Izzati (2024) Penggunaan gaya bahasa retorik dalam pelaporan berita politik di berita televisyen. Pendeta, 15 (2). pp. 37-51. ISSN 1823-6812 E-ISSN 2600-8696

[img] PDF (Article) - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (593kB) | Request a copy

Abstract

Berita televisyen merupakan bentuk media yang memiliki potensi besar untuk mempengaruhi pandangan dan pemahaman masyarakat terhadap isu-isu penting. Antara elemen penting dalam penyampaian maklumat melalui berita televisyen adalah gaya bahasa yang digunakan. Gaya bahasa berfungsi sebagai alat komunikasi yang signifikan dalam membentuk penyampaian dan penerimaan informasi oleh penonton secara berkesan. Salah satu gaya bahasa yang menjadi seni dalam komunikasi adalah retorik. Penggunaan retorik dalam berita televisyen bukan hanya memberikan keberkesanan dalam penyampaian maklumat tetapi turut menambah warna dan kehidupan kepada pengucapan. Walau bagaimanapun, penyalahgunaan seni retorik dalam berita televisyen akan merosakkan kepercayaan masyarakat terhadap pengamal media. Masalah penerimaan maklumat yang tidak tepat kesan daripada kurangnya kemahiran dalam penggunaan gaya bahasa retorik oleh pihak penutur juga dapat menjejaskan kelancaran aktiviti komunikasi. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti dan menganalisis penggunaan gaya bahasa retorik dalam berita televisyen berkaitan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) ke-15 berdasarkan Teori Retorik Moden oleh Enos dan Brown (1993). Kaedah analisis kandungan terhadap 260 buah video berita dari Berita RTM dan Buletin Awani mendapati retorik pemujukan paling dominan digunakan, iaitu sebanyak 47.19%. Hal ini membuktikan penggunaan retorik membantu pengamal media dalam menyampaikan idea atau pendapat dengan berkesan. Hasil dapatan kajian juga mendapati kehadiran empat jenis retorik iaitu pendedahan, penghujahan, pemujukan dan penerangan.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: RTM; Astro Awani; Gaya Bahasa; Retorik; Berita Televisyen
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P87 Communication. Mass media
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: Dr Julaina Nopiah
Date Deposited: 12 Dec 2024 09:09
Last Modified: 12 Dec 2024 09:17
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/116615

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year