Jalil, Amirulhakim and Mat Jam Jam, Mohd Fauzan and Jeffri, Nur Fatehah (2024) Penguasaan istilah sains dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran: suatu tinjauan. In: International Seminar On Language Teaching 2024, 3-4 July 2024, Virtual.
PDF
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (932kB) | Request a copy |
Abstract
Penguasaan istilah sains dan teknologi bahasa Melayu dalam kalangan mahasiswa dipengaruhi oleh proses keintelektualan yang diperolehi melalui kaedah pembelajaran sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tahap penguasaan dalam proses ini bukan hanya memperkaya perbendaharaan kata dalam kalangan mahasiswa malah turut membantu perkembangan peristilahan bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, penguasaan ini juga dipengaruhi oleh pengetahuan tentang kepentingan peristilahan sains dan teknologi dalam bahasa Melayu. Oleh hal yang demikian, kajian ini meneroka penguasaan dan kepentingan istilah sains dan teknologi dalam konteks pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan mahasiswa aliran sains dan teknologi di universiti. Penguasaan istilah yang tepat dan berkesan dalam bidang sains dan teknologi adalah penting bagi membina konsep peristilahan yang jelas dan meluas dalam kalangan mahasiswa. Penyelidikan ini menggunakan borang soal selidik kepada sekumpulan mahasiswa bidang sains dan teknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk menilai tahap penguasaan istilah sains dan teknologi mereka sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Hasil dapatan kajian ini mendapati bahawa mahasiswa mampu menyenarai beberapa istilah sains dan teknologi secara asas dan umum sebelum proses pembentukan konsep terminologi yang lebih terperinci berlaku.
Item Type: | Proceeding Paper (Other) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Istilah, Pengajaran bahasa, Bahasa Melayu |
Subjects: | P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) > Bahasa Melayu Division Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) |
Depositing User: | Mohd Fauzan Mat Jam Jam |
Date Deposited: | 08 Nov 2024 09:11 |
Last Modified: | 08 Nov 2024 09:11 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/115648 |
Actions (login required)
View Item |