IIUM Repository

Kajian penerokaan Teknologi Realiti Maya (VR) dalam kalangan guru dan murid sekolah di Perlis

Mat Nayan, Norshita and Mohamad Ali, Nazlena and Mhd Salim, Mohamad Hidir and Hassan, Mohd Khairul Azmi (2024) Kajian penerokaan Teknologi Realiti Maya (VR) dalam kalangan guru dan murid sekolah di Perlis. Journal of Information System and Technology Management (JISTM), 9 (36). pp. 163-176. E-ISSN 0128-1666

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (335kB) | Preview

Abstract

Teknologi Realiti Maya (VR) telah muncul sebagai salah satu inovasi teknologi yang paling menarik dan berpotensi dalam bidang pendidikan. VR merujuk kepada teknologi yang mencipta persekitaran buatan yang dapat memberikan pengalaman imersif kepada pengguna seolah-olah mereka berada dalam dunia maya yang direka. Dengan menggunakan alat seperti alat dengar VR, pelajar dapat berinteraksi dengan persekitaran tiga dimensi (3D) yang dihasilkan secara digital, memberikan mereka peluang untuk merasai pengalaman yang sukar atau mustahil diperoleh dalam dunia nyata. Kajian ini bertujuan untuk meneroka penggunaan dan penerimaan teknologi VR dalam kalangan guru dan murid sekolah di Negeri Perlis. Dalam era digital yang pesat berkembang, VR menawarkan peluang baharu dalam pendidikan dengan menyediakan pengalaman pembelajaran yang interaktif dan imersif. Namun, tahap kesediaan dan penerimaan teknologi ini dalam kalangan guru dan murid di Perlis masih belum jelas. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kuantitatif dengan mengumpul data melalui soal selidik. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar dan guru sangat berminat untuk mengaplikasikan teknologi realiti maya dalam sektor pendidikan. Mereka telah mempunyai gambaran awal berkaitan VR dan sangat yakin pengggunaan VR disekolah dapat meningkatkan prestasi pembelajaran. Walaupun terdapat minat yang tinggi terhadap penggunaan VR dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa cabaran yang perlu diatasi seperti kekurangan peralatan, latihan, dan sokongan infrastruktur. Kajian ini menggariskan beberapa cadangan untuk meningkatkan penerimaan dan penggunaan teknologi VR di sekolah-sekolah di Perlis.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Realiti Maya, Teknologi Pendidikan, Guru, Murid, Negeri Perlis, Pendidikan Imersif
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > T Technology (General) > T10.5 Communication of technical information
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Information and Communication Technology > Department of Information System
Kulliyyah of Information and Communication Technology > Department of Information System
Depositing User: Dr Mohd Khairul Azmi Hassan
Date Deposited: 09 Oct 2024 16:16
Last Modified: 09 Oct 2024 16:29
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/114942

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year