Ab Razak, Mohamed Rashid (2024) Penyeragaman fatwa Pusat, negeri rungkai isu kepentingan Islam. Berita Harian, MukaSepuluh (27hb September 2024). p. 10.
PDF
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (180kB) | Request a copy |
Abstract
Sudah hampir sebulan negara digemparkan dengan isu membabitkan entiti perniagaan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) atas pelbagai dakwaan terutama eksploitasi kanak-kanak, agama Islam dan penyebaran serta amalan ajaran menyeleweng. Namun, apa yang menarik perhatian adalah berkaitan keperluan penyeragaman fatwa berkait ajaran dibawa pengikut dan ahli GISBH dipercayai saki-baki dan penyambung legasi jemaah Al-Arqam pimpinan Ashaari Muhammad yang difatwakan sesat oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) pada 1994. Perkara 74(2) dan Butiran 1, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan semua perkara berkaitan agama Islam dan hukum syarak di bawah bidang kuasa negeri, termasuk hal ehwal fatwa. Oleh kerana pengurusan dikendalikan setiap negeri, banyak fatwa diputuskan berbeza antara satu negeri dengan negeri lain. Beberapa hukum dan fatwa tertentu juga mungkin hanya dikeluarkan satu negeri dan tidak di negeri lain kerana isu ini adalah khusus kepada negeri berkenaan.
Item Type: | Article (Newspaper) |
---|---|
Additional Information: | 8310/114715 |
Uncontrolled Keywords: | penyeragaman fatwa Pusat, negeri, pindaan udang-undang, GISBH, Global Ikhwan Service and Business Holdings |
Subjects: | BPK Islamic law. Shari'ah. Fiqh > BPK36 Islamic law (General) K Law > KPG Malaysia |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws > Department of Islamic Law |
Depositing User: | MOHAMED RASHID AB RAZAK |
Date Deposited: | 27 Sep 2024 17:17 |
Last Modified: | 27 Sep 2024 17:17 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/114715 |
Actions (login required)
View Item |