IIUM Repository

Kepentingan taksidermi haiwan dalam menjamin kelestarian planet

Zainul Azlan, Nurhazirah and Othman, Noratikah and Md Isa, Muhammad Lokman (2024) Kepentingan taksidermi haiwan dalam menjamin kelestarian planet. Majalah Sains. E-ISSN 2682-8456

[img]
Preview
PDF (Magazine) - Published Version
Download (1MB) | Preview

Abstract

Perkataan “taksidermi” berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu, “taxis” bermaksud susunan dan “derma” bermaksud kulit. Taksidermi merupakan gabungan antara sains dan seni dalam memelihara haiwan yang telah mati dengan tujuan untuk mengekalkan bentuk dan rupa semula jadi haiwan tersebut. Teknik-teknik taksidermi ini juga melibatkan penyusunan, pengawetan dan pemasangan semula kulit, bulu, badan tiruan dan bahagian tubuh haiwan. Kemudian, haiwan ini akan dipamerkan untuk menjadikannya kelihatan seolah-olah masih hidup di habitat semula jadinya. Umumnya, taksidermi boleh dijalankan ke atas haiwan yang mempunyai kulit, sisik, bulu atau cangkerang. Contoh-contoh haiwan tersebut termasuklah tikus, harimau, burung merak, penyu, ular, buaya dan ikan jerung. Tidak terhad kepada itu, serangga seperti rama-rama, kumbang dan labah-labah juga boleh dijadikan sebagai spesimen taksidermi.

Item Type: Article (Magazine)
Additional Information: 9222/114714
Uncontrolled Keywords: Dr. Nurhazirah Zainul Azlan, IIUM, Kelestarian, PLANETIIUM, taksidermi, UIAM
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH501 Life
S Agriculture > SD Forestry
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Nursing > Department of Basic Medical Sciences for Nursing
Institute of Planetary Survival for Sustainable Well-Being (PLANETIIUM)
Kulliyyah of Nursing
Depositing User: Asst Prof Dr Nurhazirah Zainul Azlan
Date Deposited: 30 Sep 2024 09:40
Last Modified: 30 Sep 2024 10:06
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/114714

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year